- Lain-lain
China Gesa Redakan Ketegangan Situasi Asia Barat
China menyokong usaha Iran dalam memelihara kedaulatan dan keselamatan negara, mewujudkan gencatan senjata yang membolehkan rakyat pulih ke kehidupan normal, serta mendorong peredaan ketegangan situasi di Asia Barat.
Demikian dinyatakan Menteri Luar China, Wang Yi ketika menghubungi rakan sejawatnya dari Iran, Abbas Araghchi menerusi panggilan telefon pada hari ini.
Wang menyatakan bahawa Presiden China Xi Jinping telah mengemukakan empat cadangan bagi meredakan situasi di Asia Barat, menggesa gencatan senjata diwujudkan segera, menjamin keselamatan orang awam, mengadakan dialog, dan mempromosikan usaha perdamaian. Ini memperlihatkan pendirian dan prinsip teguh China dalam mengangkat keadilan.
Wang berkata China mengutuk sekeras-kerasnya serangan Amerika Syarikat (AS) ke atas kemudahan nuklear Iran yang dipantau oleh Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA). Serangan AS itu secara serius melanggar prinsip Piagam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan undang-undang antarabangsa, selain kemungkinan menyebabkan kebocoran nuklear bahkan bencana nuklear.
Abbas Araghchi telah memaklumkan mengenai situasi terkini di rantau berkenaan. Beliau menegaskan bahawa serangan Israel dan AS terhadap kemudahan nuklear di Iran secara serius melanggar undang-undang antarabangsa, pihaknya tiada pilihan selain mengambil tindakan balas.
Beliau menyatakan bahawa walaupun kedua-dua pihak Iran dan Israel telah mencapai perjanjian gencatan senjata, namun situasi masih kurang stabil.
Asalnya Israel menghentikan pencerobohan, rundingan yang sebenarnya baru dapat dimulakan, tegas Araghchi.
Beliau menzahirkan ucapan terima kasih kepada China atas pemahaman dan sokongan terhadap pendirian Iran dan bersedia mengekalkan interaksi dengan China, serta berharap China memainkan peranan lebih besar demi meredakan situasi di rantau itu.