- Lain-lain
Amerika Syarikat Dalang Disebalik Krisis Nuklear Iran
Wakil tetap China ke Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), Fu Cong sekali lagi mengutuk serangan Israel dan Amerika Syarikat (AS) ke atas Iran dengan menyatakan bahawa AS adalah pencetus kepada krisis nuklear Iran.
Perkara itu disuarakan Fu ketika berucap dalam Mesyuarat Terbuka Majlis Keselamatan PBB pada Selasa.
Beliau berkata, tindakan Israel dan AS menggunakan kekerasan terhadap Iran dengan alasan 'ancaman yang mungkin berlaku pada masa depan' dengan jelas telah melanggar secara serius undang-undang antarabangsa dan mencabuli kedaulatan Iran.
Ujarnya, serangan terhadap fasiliti nuklear Iran yang berada di bawah pengawasan Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA) telah mencipta rujukan lampau yang buruk selain mengancam sistem kawalan percambahan senjata nuklear antarabangsa.
Fu menegaskan, hakikat yang sebenar adalah AS yang menarik diri dari Perjanjian Nuklear Iran (JCPOA) pada tahun 2018, dan kembali serta meningkatkan sekatan unilateral terhadap Iran, yang menyebabkan Iran tidak dapat menikmati manfaat ekonomi yang dijanjikan dalam perjanjian, sehingga terpaksa mengurangkan komitmennya di bawah perjanjian tersebut.
Kini, AS sekali lagi melancarkan serangan ketenteraan secara terbuka terhadap fasiliti nuklear Iran, merosakkan proses rundingan yang dimulakan oleh mereka sendiri, dan sekali lagi menyebabkan isu nuklear Iran menemui jalan buntu serta mencetuskan ketegangan mendadak di rantau ini.
- IAEA Adakan Mesyuarat Tergempar Susulan Serangan AS terhadap Kemudahan Nuklear Iran
- Israel Lancar Serangan Udara ke atas Iran
- Keputusan Sama Ada Serang Iran Diketahui dalam Dua Minggu: Rumah Putih
- Menteri Luar China, Oman Bincang Konflik Israel-Iran
- China Hargai Usaha Negara Arab Redakan Konflik Iran-Israel
- China Kecam Serangan Israel terhadap Iran dalam Mesyuarat IAEA
- China Seru Israel dan Iran Ambil Langkah Redakan Ketegangan
- China Harap Iran, Israel Capai Gencatan Senjata Berkekalan
- China Kutuk Serangan Israel terhadap Iran
- Ketua Komander?IRGC Terkorban dalam Serangan Udara Israel