欧美激情肉欲高潮视频_国产又大又硬又粗_色欲精品国产一区二区三区av_久久精品国产精品亚洲精品_3d动漫精品啪啪一区二区免费

China Bakal Promosi Kempen Penjualan NEV di Kaunti, Perbandaran

(foto/VCG)

(foto/VCG)

Kementerian Perdagangan China mengumumkan bahawa ia akan melancarkan ‘musim penggunaan kenderaan tenaga baharu (NEV)’ di kawasan kaunti dan perbandarannya yang luas dalam usaha menerokai potensi jualan NEV, lapor agensi berita Xinhua pada Selasa.

Menurut Xinhua, kempen tersebut yang dijadual berlangsung dari Julai sehingga Disember itu akan menggembleng penuh usaha dari pihak kerajaan tempatan, persatuan-persatuan industri dan perusahaan.

Difahamkan, pihak lokaliti akan ditugaskan dengan melaksanakan program tukar beli kenderaan secara aktif. Zon istimewa untuk tukar beli kenderaan akan diwujudkan di venue yang berkaitan dengan musim penggunaan NEV.

Pada masa sama, model NEV yang boleh pasar perlu diperkenalkan lagi untuk memenuhi keperluan yang pelbagai bagi penduduk di perbandaran dan kaunti, lapor Xinhua lagi.

Selain itu, lokaliti juga perlu membangunkan senario penggunaan yang inovatif dan mempercepat pembinaan kemudahan yang berkaitan seperti lot parkir NEV, stesen pengecas dan pusat servis selepas jualan.

Untuk rekod, pengeluaran NEV China meningkat 45.2 peratus dari tahun ke tahun kepada hampir 5.7 juta unit pada lima bulan pertama 2025, dengan jualan meningkat sebanyak 44 peratus berbanding tahun terdahulu kepada 5.61 juta unit.

Video

Berita Berkaitan