- Lain-lain
Chengdu Jadi Magnet Tarik Perusahaan dan Golongan Profesional Asing
Sebagai bandar penting di Provinsi Sichuan di barat daya China, Chendu telah muncul sebagai magnet dalam menarik pelabur dan perusahaan asing, dengan suasana mesra perniagaan, lokasi yang mudah akses dan kekayaan warisan budayanya menjadi faktor utama.
Hari ini, lebih daripada 4,000 perusahaan yang dilabur oleh pihak asing telah bertapak di bandar itu, dan terdapat lebih 100,000 warga asing yang menetap serta bekerja di sana.
Bagi warga Belanda, Norbert Antosik ketika ditanya alasannya memilih untuk tinggal di Chengdu, dia lantas menyebut dalam loghat tempat iaitu ‘Ba Shi’, yang bermaksud ‘ideal dan selesa’.
Sebuah kereta api yang membawa muatan mesin dan peralatan auto berlepas dari pelabuhan kereta api di Chengdu, Provinsi Sichuan, barat daya China untuk menuju ke Kolyadichi, Belarus pada 27 April 2025. (People’s Daily Online/Bai Guibin)
Pada 2008, semasa belajar di sebuah universiti di Belanda, Antosik telah bertemu dengan Chen Ruze (kini isterinya) yang berasal usul dari Sichuan. Selepas menamatkan pelajaran dan memulakan kerjaya, pasangan tersebut telah melawat kampung halaman Chen di Zigong pada 2013, dan seterusnya memanjangkan lagi tempoh lawatan di Chengdu.
Terkenal dengan sejarahnya yang panjang dan budayanya yang penuh warna, Chengdu menduduki antara ranking teratas dalam bandar paling menambat perhatian di China dalam kalangan pelancong asing.
Antosik mendapati bahawa dirinya bukan sahaja tertarik dengan mercu tanda popular bandar itu, tetapi juga contoh unggul yang dipamerkan oleh suasana tempatan seperti tarian orang awam di dataran awam atau dengan santai menikmati teh di kedai teh tradisional, yang disifatkannya sebagai epitome gaya hidup warga tempatan yang penuh dengan ketenangan.
Pada awal 2015, pasangan tersebut berpindah secara tetap ke Chengdu. Antosik mula mempelajari bahasa Cina dan mengadaptasi adat serta budaya tempatan.
“Di sini, anda boleh menikmati kedua-dua kemodenan dan tradisional seperti tapak-tapak bersejarah, panda, opera Sichuan, pameran, hot pot dan kedai teh. Ia sentiasa ada sesuatu yang baharu untuk diterokai,” ujarnya.
Pada 2016, Antosik memulakan syarikat eChinaCareers. Pada tahun berikutnya, syarikat itu berpindah ke taman perindustrian yang dibina untuk bakat antarabangsa di Zon Pembangunan Perindustri Berteknologi Tinggi Chengdu, sekali gus memanfaatkan dasar sewa yang disubsidikan.
“Kami secara amnya membantu sekolah antarabangsa dan perusahaan asing di China dengan pencarian bakat,” jelas Chen Ruze.
Foto memperlihatkan Pusat Kewangan Antarabangsa Tianfu di Chengdu, Provinsi Sichuan, barat daya China. (People’s Daily Online/Peng Huan)
Pada 2023, syarikat itu sekali lagi berpindah ke hab bakat antarabangsa yang berdekatan, yang juga terletak di dalam Zon Pembangunan Perindustrian Berteknologi Tinggi Chengdu. Syarikat terus menikmati sewaan ruang pejabat tanpa bayaran.
Memanfaatkan platform hab bakat antarabangsa, Zon Pembangunan Perindustrian Berteknologi Tinggi Chengdu mempunyai visi untuk menjadi hab utama bagi perkhidmatan sumber manusia di tengah dan barat China, serta zon yang bertenaga buat usahawan dan penginovasi global golongan muda.
Tarikan antarabangsa Chengdu terus menyaksikan pertumbuhan pada tahun-tahun mutakhir ini. Menurut Ctrip, pada 2024, Chengdu menduduki tangga teratas dalam destinasi pilihan pelancong asing di China.
Pelbagai program bakat dan mekanisme yang telah diperkemas untuk menarik golongan profesional luar negara telah membantu Chengdu dalam mendapat pengiktfirafan berturut-turut sebagai bandar terbaik di China untuk bakat dan destinasi utama di mata ekspat.
Secara tidak langsung, suasana tersebut juga membuka peluang buat eChinaCareers, yang telah membantu puluhan ribu warga asing profesional untuk mendapatkan kerja.
“Semakin ramai warga asing datang ke Chengdu dan jatuh cinta dengannya,” kata Antosik, sambil menambah bahawa syarikatnya kini turut membantu bakat tempatan untuk menerokai peluang pekerjaan di luar China.
Seorang warga asing sedang mengambil swafoto di Pameran Antarabangsa China Barat ke-20 yang diadakan di Chengdu, Provinsi Sichuan, barat daya China pada 26 Mei 2025. (People’s Daily Online/Chen Dongdong)
Cochlear Greater China, syarikat peranti perubatan dari Australia, telah menyediakan rancangan untuk membina pangkalan pengeluaran di Kawasan Baharu Tianfu, Sichuan, pada September 2017. Ia sekali gus akan menjadi satu-satunya tapak pengeluaran luur negara syarikat itu bagi implan koklear.
Dengan pelaburan sebanyak sekitar AS$87 juta untuk bangunan dan peralatan, fasiliti itu di Chengdu akhirnya mula beroperasi secara rasmi pada 2021.
Li Xinyu, pengurus berkata syarikat itu berkata bahawa Chengdu mempunyai jaringan pengangkutan yang maju dan berfungsi sebagai nod utama di sepanjang Jalur dan Laluan.
“Komponen yang kami guna boleh dihantar ke sini dengan cepat dan jimat sama ada menerusi kereta api atau udara,” katanya.
Pada masa sama, kelebihan logistik Chengdu turut menjadi semakin kuat sejak pengoperasian bermula.
“Dwi lapangan terbang antarabangsa menjadikan penghantaran lebih cekap di serata China dan Asia Tenggara,” kata Li.
Difahamkan, dengan bantuan daripada kastam dan agensi-agensi terlibat, masa untuk kelulusan bagi penghantaran juga menurun daripada dua minggu kepada hanya satu hari sahaja, sekali gus mengurangkan kos logistik dengan signifikan.
Dengan kemudahan pengangkutan serta persekitaran yang mesra perniagaan dan terbuka, Chengdu terus menarik pelaburan asing. Pada 2024, lapangan terbang antarabangsa bandar itu mengendalikan lebih 87 juta perjalanan penumpang dan lebih daripada 1 juta tan kargo.
Untuk empat bulan pertama tahun ini, Chengdu telah membawa masuk AS$656 juta pelaburan terus asing, secara tidak langsung mengungguli ranking di semua bandar di tengah dan barat China.
- Peluang Dekati Panda Liar Dorong Ledakan Ekopelancongan di Sichuan
- Suasana Meriah Karnival Tanglung di Zigong, Sichuan
- Dekati Budaya Gunung Emei
- Terokai Chengdu, Bandar Penuh Riang dan Bertenaga
- China Tetapkan Garis Panduan Terus Rancakkan Pembangunan Kawasan Barat
- Hampir 1,000 Pengembala Sertai Acara Lumba Kuda di Sichuan
- Saksikan Kegemilangan Budaya 4,000 Tahun di Sanxingdui
- Ekspo Hortikultur Antarabangsa Chengdu 2024 Bakal Buka Tirai
- Gambar: Terokai Gaya Hidup Santai Penduduk Chengdu
- Tapak Warisan Dunia UNESCO Jiuzhaigou Pulih Selepas Gempa Bumi