- Lain-lain
Li Qiang Bertemu Perdana Menteri Vietnam di Tianjin
Perdana Menteri China, Li Qiang telah mengadakan pertemuan dengan rakan sejawatnya dari Vietnam, Pham Minh Chinh di Tianjin pada Selasa, sempena kehadiran pemimpin tersebut ke Forum Davos Musim Panas.
Dalam pertemuan tersebut, Li menyatakan kesediaan China untuk melaksanakan hasil lawatan Presiden Xi Jinping ke Vietnam pada April yang mencapai kemajuan dalam kerjasama strategik dan komprehensif melibatkan kedua-dua negara.
Ujarnya, kedua-dua pihak perlu mempercepat penyelarasan strategi pembangunan, melaksanakan pembinaan bersama dalam kerangka Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI) dan "Dua Koridor Satu Lingkaran", serta mendorong kerjasama dalam bidang kesalinghubungan, ekonomi digital dan sosiobudaya.
Li berkata, China dan Vietnam juga perlu bersama-sama melindungi mekanisme perdagangan bebas dan sistem perdagangan multilateral sehingga menyuntik lebih banyak kestabilan kepada keamanan dan pembangunan dunia.
Sementara itu, Pham Minh Chinh pula menyatakan bahawa Vietnam bersedia untuk melaksanakan konsensus penting yang dicapai oleh pemimpin tertinggi kedua-dua pihak, merapatkan pertukaran peringkat tinggi, memajukan kerjasama dan interaksi dalam bidang ekonomi, perdagangan dan sosiobudaya di samping meningkatkan kerjasama multilateral dan melindungi kepentingan bersama.
- Presiden Xi Ucap Takziah Atas Pemergian Bekas Presiden Vietnam
- Perkhidmatan Tren Penumpang Rentas Sempadan China-Vietnam Kembali Beroperasi
- Jalan Raya Antarabangsa China-Hanoi Mula Beroperasi
- China, Vietnam Pergiat Pembayaran Rentas Sempadan Guna QR
- China Jemput Belia Vietnam Ikuti Program 'Red Tour'
- Xi Bertemu Presiden Vietnam
- Xi Akhiri Lawatan Rasmi ke Vietnam
- Jalan-jalan Hanoi: Perdagangan Buah-buahan China-Vietnam Beri Kemanisan Dalam Hasil
- Pembinaan Komuniti Berkongsi Nasib China-Vietnam Perlu Diperkasakan - Xi
- Xi, To Lam Saksi Pelancaran Mekanisme Kerjasama Laluan Rel