- Lain-lain
Kemajuan Desa Dipacu AI, Tema Sidang Anjuran Guangxi
Satu persidangan pembangunan berkualiti tinggi mengenai kemajuan desa dipacu kecerdasan buatan (AI) diadakan pada 8 Julai di Nanning, ibu wilayah autonomi Zhuang Guangxi, selatan China.
Lebih 300 wakil dari agensi kerajaan, institut penyelidikan, badan kewangan serta syarikat-syarikat terunggul hadir untuk melakar cetak biru berasaskan AI bagi transformasi kawasan luar bandar di wilayah itu.
Acara turut menyaksikan pemeteraian beberapa perjanjian melibatkan kerjasama, pelaburan, pembiayaan dan pemindahan teknologi AI. Dalam tempoh persidangan, beberapa pakar bidang kemajuan desa mengambil bahagian dalam platform kerjasama perindustrian yang baru dilancarkan, yang menyasarkan integrasi teknologi, modal dan sumber pasaran dengan lebih lanjut.
Ditubuhkan bersama oleh institut penyelidikan, badan kewangan dan pertubuhan sosial, platform berkenaan mengintegrasikan sumber-sumber yang mustahak bagi kemajuan desa termasuk dasar, teknologi, pembiayaan dan akses pasaran. Perkhidmatan pemindahan teknologi yang ditawarkan telah membawa kepada lebih 200 pencapaian sains dan teknologi, di samping menyokong lebih 30 syarikat menjayakan transformasi sains dan teknologi.
Pakar yang hadir bersependapat bahawa penggunaan AI untuk merangsang keefisienan pertanian dan membentuk rantaian industri pintar untuk produk istimewa tempatan adalah kunci bagi mentransformasikan dan menaiktarafkan sektor pertanian Guangxi.
- Foto: Kereta Sedia untuk Eksport di Pelabuhan Qinzhou, Guangxi
- Daripada Lawatan Kepada Pengembaraan: Guilin Jadi Bandar Pelancong Bertaraf Dunia
- Dari Dahan ke Hujung Lidah dalam 24 Jam
- Guangxi Bangun Pelancongan Rentas Sempadan RCEP, Galak Penggunaan Lebih Pelbagai
- Bina Hab Dagang Buah ASEAN, Sasaran Tiga Bandar
- Teknologi Bentuk Semula Industri Pakaian China
- Perkhidmatan Kaji Cuaca Berasaskan AI Semakin Lengkap dan Teratur di China
- Ekonomi Malam Guangxi Tumbuh Pesat
- Xi Sifatkan AI Industri Baru Muncul yang Bertumbuh Pesat, Dikuasai Golongan Muda
- Pertumbuhan Pesat AI di China Saksi Ledakan Dalam Pengambilan Kerja