- Lain-lain
Robot AI Digunakan untuk Menuai
Di rumah hijau jujub musim sejuk milik kebun Lvfengyuan di kaunti Dali, bandar Weinan, provinsi Shaanxi, sebuah robot penuai berasaskan AI yang dilengkapi sistem penglihatan tepat bergerak dengan perlahan-lahan.
Lengan robotik itu mencapai jauh ke dalam ranting dan daun, memilih buah jujub musim sejuk yang matang, dan menggunakan pencengkam fleksibel untuk menyentapnya dengan kuat. Seterusnya, sebiji jujub yang gebu dan kemerah-merahan dipetik lalu diletakkan dalam bakul kutipan.
Jujub musim sejuk atau juga dikenali sebagai kurma Cina, ialah salah satu industri peneraju di kaunti Dali, dengan kawasan penanaman seluas 420,000 ekar. “Setiap musim menuai, sebelum subuh, kami perlu pergi ke rumah hijau dan petik sebanyak mungkin jujub musim sejuk sebelum matahari terbit,” kata Shen Honggang, seorang petani di pekan Liangyi, kaunti Dali.
Selepas mendapat tahu akan hasrat penanam buah untuk memperkasakan perkembangan industri buah-buahan menggunakan robot penuai AI, Shenzhen Lanxia Robot Co., Ltd. serta pasukan R&D robot Institut Teknologi Harbin (Shenzhen) datang ke kaunti Dali. Melalui persetujuan tiga pihak, syarikat tersebut membekalkan modal, pasukan R&D pula menawarkan teknologi, manakala daerah tempatan menyediakan kebun-kebun ujian.
Baru-baru ini, generasi pertama robot penuai AI "Blue Hero" menjalankan ujian pertama di kaunti Dali, merekodkan pencapaian yang menggalakkan dengan kadar kejayaan hampir 85 peratus dalam menuai buah matang berbanding kadar kerosakan buah tidak sampai 8 peratus.
- Indahnya kesan Tyndall, hasil ‘jendela langit’ Gunung Jinzhong
- Kemajuan Desa Dipacu AI, Tema Sidang Anjuran Guangxi
- Foto: Kereta Sedia untuk Eksport di Pelabuhan Qinzhou, Guangxi
- Daripada Lawatan Kepada Pengembaraan: Guilin Jadi Bandar Pelancong Bertaraf Dunia
- Dari Dahan ke Hujung Lidah dalam 24 Jam
- Guangxi Bangun Pelancongan Rentas Sempadan RCEP, Galak Penggunaan Lebih Pelbagai
- Bina Hab Dagang Buah ASEAN, Sasaran Tiga Bandar
- Teknologi Bentuk Semula Industri Pakaian China
- Robot Hadir Sekolah Maya di Zhejiang
- Perkhidmatan Kaji Cuaca Berasaskan AI Semakin Lengkap dan Teratur di China