Chengdu Bina Tapak Pertandingan Faustball Profesional Pertama China
 |
Foto menunjukkan tapak pertandingan faustball World Games 2025 yang dijadualkan berlangsung pada 7 hingga 17 Ogos di Chengdu, ibu provinsi Sichuan, barat daya China. (Sun Shuyu/People’s Daily Online) |
Chengdu, bandar tuan rumah World Games 2025, sudah bersiap sedia untuk menyambut debut permainan berpasukan tradisional Eropah iaitu faustball, semasa penganjuran temasya tersebut di ibu provinsi Sichuan itu nanti.
Maklum Jawatankuasa Penganjuran The World Games 2025 Chengdu, tapak tersebut yang letaknya di sebuah taman di Kawasan Baru Tianfu telah siap membina padang berumput asli pertama di China yang memenuhi standard antarabangsa untuk pertandingan faustball profesional, bagi menyediakan sebuah arena bertaraf dunia buat para atlet.
Dari pemilihan benih rumput hinggalah penyenggaraan harian, padang itu dibina dengan mengikut sepenuhnya tanda aras antarabangsa, sekali gus menandakan satu langkah ke depan sebagai tapak pertama di China yang dikhaskan untuk faustball.
Acara terbaru yang bakal dipertandingkan di World Games ini turut menambah kepelbagaian temasya itu. Sukan tersebut menekankan semangat berpasukan dan menampilkan aksi tangkas bolak-balik atas net yang menguja lagi menghiburkan.
Dengan menganjurkan pertandingan di seting taman yang terbuka dan hijau, jawatankuasa penganjur berharap dapat memberi orang ramai peluang untuk menyaksikan daya tarikan unik faustball dari dekat.
 |
Seorang pemain faustball menunjukkan tekniknya di tapak pertandingan faustball World Games 2025 yang dijadualkan berlangsung pada 7 hingga 17 Ogos di Chengdu, ibu provinsi Sichuan, barat daya China. (Sun Shuyu/People’s Daily Online) |
 |
Pemain faustball beraksi di tapak pertandingan faustball World Games 2025 yang dijadualkan berlangsung pada 7 hingga 17 Ogos di Chengdu, ibu provinsi Sichuan, barat daya China. (Sun Shuyu/People’s Daily Online) |
 |
Seorang pemain faustball menunjukkan tekniknya di tapak pertandingan faustball World Games 2025 yang dijadualkan berlangsung pada 7 hingga 17 Ogos di Chengdu, ibu provinsi Sichuan, barat daya China. (Sun Shuyu/People’s Daily Online) |
 |
Syukri (kiri), pakar asing People’s Daily Online, belajar bermain faustball. (Sun Shuyu/People’s Daily Online) |
 |
Syukri (kiri), pakar asing People’s Daily Online, berlatih bermain faustball. (Sun Shuyu/People’s Daily Online) |