欧美激情肉欲高潮视频_国产又大又硬又粗_色欲精品国产一区二区三区av_久久精品国产精品亚洲精品_3d动漫精品啪啪一区二区免费

Serigala Artik Klon Sel Somatik Pertama di Dunia dalam Keadaan Sihat

(Akhbar Renmin Ribao Dalam Talian)Khamis 22 September 2022
Serigala Artik Klon Sel Somatik Pertama di Dunia dalam Keadaan Sihat

Serigala artik klon sel somatik yang pertama di dunia dalam keadaan sihat. Ia telah menerima penjagaan rapi.

Serigala artik klon tersebut dilahirkan di Beijing pada 10 Jun tahun ini. Selnya disumbang oleh sampel kulit seekor serigala artik liar di Taman Kutub Harbin, manakala sel gametosit betinanya pula asal dari seekor anjing betina. Ibu tumpangnya ialah seekor anjing Beagle.

"Teknologi pengklonan merupakan cara yang berkesan untuk melindungi kepelbagaian genetik dan meningkatan populasi spesies haiwan terutama haiwan yang kecil jumlahnya dan sukar mengutip sel pembiakannya",  jelas felo penyelidik dari Institut Bioperubatan dan kesihatan Guangzhou, Akademi Sains China (CAS), Lai Liangxue. Menurut beliau, individu yang dihasilkan menerusi teknologi pengklonan masih mempunyai keupayaan untuk membiak, dan tidak berbeza sangat dengan individu biasa.

Lai Liangxue juga berkata, mengklon haiwan melalui sel yang dibekukan sebelum ini merupakan langkah penting untuk menyelamatkan spesies terancam. Sebagai contoh, kambing liar Bucardo yang telah pupus, berjaya diklon oleh ahli sains Sepanyol pada 2003.

Difahamkan bahawa serigala artik berasal dari haiwan yang terselamat pada Zaman Ais pada 300,000 tahun yang lalu. Ancaman utama mereka adalah pemburuan haram. Sekurang-kurangnya 200 ekor serigala artik telah dibunuh setiap tahun. Kini, haiwan ini termasuk dalam Senarai Merah Spesies Terancam Kesatuan Antarabangsa untuk Pemuliharaan Alam Semula Jadi (IUCN).

Gaya Hidup