欧美激情肉欲高潮视频_国产又大又硬又粗_色欲精品国产一区二区三区av_久久精品国产精品亚洲精品_3d动漫精品啪啪一区二区免费

Petani China Sambut Pesta Tuaian

(CRI)Jumaat 23 September 2022
Petani China Sambut Pesta Tuaian

Hari ini ialah Pesta Tuaian Petani China ke-5. Sejak pesta ini ditetapkan pada 2018, Presiden Xi Jinping akan mengucapkan tahniah dan mogaan baik kepada golongan petani dan mereka yang berkhidmat dalam kerja pertanian, luar bandar dan petani pada tiap-tiap tahun.

Xi dalam kenyataannya pada Khamis lalu berkata bahawa China telah mencapai peningkatan tuaian bijirin musim panas dan padi awal, dan dijangka akan memperoleh tuaian bijirin yang lumayan sepanjang tahun ini.

Ini bukanlah perkara yang mudah dicapai dengan mengatasi pelbagai kesukaran seperti bencana banjir dan kemarau, serta gelombang wabak yang melanda.

Xi menekankan bahawa jawatankuasa Parti dan kerajaan pelbagai peringkat perlu memperincikan pelaksanaan dasar dan peraturan mengenai kerja pertanian, luar bandar dan petani, meningkatkan usaha untuk menjamin keselamatan makanan, menstabilkan pengeluaran pertanian, di samping memperkukuh hasil pembasmian kemiskinan.

Beliau menyatakan bahawa usaha harus dilakukan untuk mempergiatkan pembangunan luar bandar supaya golongan petani dapat menikmati kehidupan yang lebih bahagia dan kawasan luar bandar menjadi lebih makmur dan indah.

Pada tahun 2018, hari 'Ekuinoks Musim Luruh' setiap tahun ditetapkan sebagai Pesta Tuaian Petani China, dan ini mencerminkan tumpuan China terhadap kerja pertanian, luar bandar dan petani.

Gaya Hidup