欧美激情肉欲高潮视频_国产又大又硬又粗_色欲精品国产一区二区三区av_久久精品国产精品亚洲精品_3d动漫精品啪啪一区二区免费

Xi Mahu Lebih Banyak Kemajuan Dicapai Bidang Pembuatan (2)

(CRI)Sabtu 01 Oktober 2022
Xi Mahu Lebih Banyak Kemajuan Dicapai Bidang Pembuatan

Presiden China Xi Jinping memuji pencapaian cemerlang yang digapai dalam pembangunan pesawat penumpang C919 dan menggesa supaya lebih banyak kemajuan dicapai terutama dalam pembuatan peralatan canggih.

Beliau membuat kenyataan itu ketika ditemui wakil-wakil daripada pasukan projek C919 dan melihat pameran mengenai pencapaian projek itu di Dewan Besar Rakyat di Beijing pada Jumaat. 

Xi berkata, memiliki pesawat penumpang yang terbang tinggi memecah langit merupakan matlamat negara, impian bangsa dan aspirasi rakyat.

Beliau turut menekankan perlunya mengeksploitasi sepenuhnya sistem baharu negara untuk menggerakkan sumber di seluruh negeri, mengutamakan keselamatan dan kualiti ketika usaha berterusan dilakukan untuk mencapai kemajuan dalam menguasai teknologi kritikal.

Menurut beliau, usaha perlu diperkasakan untuk memantapkan pembangunan dalam sektor pembuatan negara.

Pesawat C919 menerima sijil daripada Pentadbiran Penerbangan Awam China yang diperlukan untuk operasi komersial selepas menyelesaikan semua tugas ujian penerbangan pada September 2022.

Dilancar pada 2007, pesawat berkenaan berjaya melakukan penerbangan sulungnya pada 2017, dan penghantaran pertamanya bakal dilakukan menjelang hujung tahun ini.

Gaya Hidup