欧美激情肉欲高潮视频_国产又大又硬又粗_色欲精品国产一区二区三区av_久久精品国产精品亚洲精品_3d动漫精品啪啪一区二区免费

Peng Liyuan Kunjungi Institusi Muzik di Thailand (3)

(CRI)Isnin 21 November 2022
Peng Liyuan Kunjungi Institusi Muzik di Thailand

Isteri Presiden China, Xi Jinping, Prof. Peng Liyuan mengadakan kunjungan ke Institut Muzik Puteri Galyani Vadhana di Thailand, diiringi isteri Perdana Menteri Thailand, Naraporn Chan-o-cha pada Sabtu.

Peng dan Naraporn melawat pameran sejarah institut tersebut, dan diberi taklimat tentang kerjasama insititut tersebut dengan negara luar. Mereka menyatakan rasa gembira apabila mengetahui institut itu telah menjalinkan hubungan kerjasama dengan Universiti Seni Nanjing China.

Peng dan Naraporn bersama-sama menikmati persembahan yang diberikan bersama oleh Institut Muzik Puteri Galyani Vadhana dan Universiti Seni Nanjing secara dalam dan luar talian.

Peng Liyuan menghargai inisiatif Puteri Galyani Vadhana untuk menubuhkan institut pengajian tinggi (IPT) tersebut untuk mendorong pemupukan bakat profesional dalam bidang muzik. Beliau juga menghargai usaha Naraporn untuk mendorong kerjasama antara institut kesenian kedua-dua negara.

Peng berkata bahawa muzik tiada sempadan. Walaupun bahasa antara kedua-dua negara berbeza, namun rakyat China dan Thailand boleh berkomunikasi antara satu sama lain melalui muzik.

“Saya dapat merasakan hubungan persahabatan China dan Thailand yang rapat umpama ahli keluarga melalui persembahan yang disediakan bersama seniman dari Thailand dan China.” kata beliau.

Gaya Hidup