欧美激情肉欲高潮视频_国产又大又硬又粗_色欲精品国产一区二区三区av_久久精品国产精品亚洲精品_3d动漫精品啪啪一区二区免费

Sama Untung, Asas Hubungan Ekonomi China-AS

(CRI)Rabu 23 November 2022

China dan Amerika Syarikat (AS) dapat saling untung jika bekerjasama, dan sebaliknya akan rugi jika bersengketa, kata jurucakap Kementerian Luar Zhao Lijian.

Zhao berkata hubungan ekonomi dan perdagangan antara China dengan AS dijalin berasaskan prinsip saling menguntungkan.

"Tindakan seperti perang dagang, perang teknologi dan cantas hubungan melanggar prinsip ekonomi pasaran serta peraturan perdagangan antarabangsa.

"Tiada sesiapa pun akan mendapat manfaat daripadanya," ujar jurucakap itu dalam sidang media di Beijing pada Selasa.

Terdahulu, bekas Setiausaha Perbendaharaan AS, Lawrence Summers menyatakan negara itu harus memberi tumpuan kepada ekonomi sendiri, bukan bertindak menyerang China.

Sementara itu, tokoh-tokoh lain termasuk Pengarah Urusan Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF), Kristalina Georgieva dan bekas ketua ahli ekonomi Bank Dunia, Pinelopi Goldberg juga menggesa AS memikirkan semula perang ekonomi yang dilancarkannya ke atas China. 

Gaya Hidup

Berita Berkaitan