欧美激情肉欲高潮视频_国产又大又硬又粗_色欲精品国产一区二区三区av_久久精品国产精品亚洲精品_3d动漫精品啪啪一区二区免费

Laluan Baharu Darat-Laut Barat Buka Pelayaran Baharu (2)

(CRI)Isnin 12 Disember 2022
Laluan Baharu Darat-Laut Barat Buka Pelayaran Baharu

Kereta Api Gabungan Darat-Laut dengan nombor siri 20344 yang membawa gula mentah India seberat 265 tan telah bertolak dari Qinzhou, Guangxi semalam, dan dijangka tiba di Lanzhou, Gansu selepas lima hari perjalanan.

Ini merupakan larian pertama pengangkutan gabungan kereta api-kapal “Mumbai-Qinzhou-Lanzou” bagi Laluan Baharu Darat-Laut Barat.

Setakat semalam, laluan terbabit telah menghantar kargo dalam jumlah 713,000 TEU, meningkat 19.8% berbanding tempoh sama tahun lepas, jauh lebih banyak daripada 630,000 TEU yang dicatat sepanjang tahun lalu.

Sejak tahun ini, ia telah membuka laluan baharu logistik yang meliputi Chongqing, Guizhou, Ningxia, Gansu dan Laos, Vietnam serta Myanmar.

Ia kemudiannya turut diperluas ke bahagian tengah termasuk provinsi Hunan, Henan, Hebei dan Jiangxi, sehingga menyaksikan jaringan logistik kini telah meliputi 113 buah negara dan rantau serta 338 pelabuhan.

Dalam tempoh 10 bulan pertama tahun ini, jumlah import eksport menerusi laluan terbabit telah mencatat RMB89.65 bilion (RM56.78 bilion), meningkat 99.3% berbanding tempoh yang sama tahun lepas.

Antaranya, produk yang diimport adalah bijirin, buah-buahan dan produk perlombongan, sementara produk yang dieksport pula termasuk produk permesinan dan kimia.

Gaya Hidup