欧美激情肉欲高潮视频_国产又大又硬又粗_色欲精品国产一区二区三区av_久久精品国产精品亚洲精品_3d动漫精品啪啪一区二区免费

Rundingan Pegawai Kanan China, AS Mendalam dan Konstruktif

(CRI)Rabu 14 Disember 2022

Rundingan pegawai kanan antara China dan Amerika Syarikat (AS) dijalankan secara ikhlas, mendalam dan konstruktif, kata jurucakap Kementerian Luar China, Wang Wenbin dalam taklimat media pada Selasa.

Naib Menteri Luar China, Xie Feng mengadakan rundingan dengan Penolong Setiausaha Negara AS bagi Hal Ehwal Asia Timur dan Pasifik, Daniel Kritenbrink dan Pengarah Kanan Majlis Keselamatan Negara bagi hal ehwal China, Laura Rosenberger di Langfang, provinsi Hebei pada 11 hingga 12 Disember.

Menurut Wang, China dalam rundingan itu menyatakan bahawa pelaksanaan konsensus yang dicapai pemimpin kedua-dua negara di Pulau Bali perlu diutamakan bagi memantapkan perkembangan hubungan dua hala pada fasa seterusnya.

Kedua-dua pihak hendaklah memperkasa komunikasi, menjalankan kerjasama saling untung dan mengendalikan percanggahan dengan baik bagi mendorong hubungan bilateral kembali ke landasan yang sihat dan stabil.

Di samping itu, mentaliti Perang Dingin yang bercirikan mainan campur-tolak mesti dibuang, manakala pertentangan ideologi dan konfrontasi sesama blok perlu ditolak. Amalan ‘cantas hubungan’, gangguan bekalan serta sekatan sains dan teknologi juga perlu dihentikan.

Pihak China menekankan pendirian konsisten untuk mengembangkan hubungan dengan AS berdasarkan prinsip saing menghormati, hidup bersama secara damai dan kerjasama saling untung.

Dalam pada itu, China turut mengulangi tekadnya untuk mempertahankan kedaulatan, keselamatan dan kepentingan pembangunan negara.

Gaya Hidup

Berita Berkaitan