欧美激情肉欲高潮视频_国产又大又硬又粗_色欲精品国产一区二区三区av_久久精品国产精品亚洲精品_3d动漫精品啪啪一区二区免费

Xi Jinping Temui Medvedev (2)

(CRI)Khamis 22 Disember 2022
Xi Jinping Temui Medvedev

Setiausaha Agung Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China (PKC) yang juga Presiden China, Xi Jinping menerima kunjungan Pengerusi Parti Rusia Bersatu, Dmitry Medvedev, di sini, pada Rabu.

Dalam pertemuan itu, Xi terlebih dahulu menyampaikan salam dan mogaan baik kepada Presiden Rusia, Vladimir Putin melalui Medvedev yang turut menyampaikan surat serta salam daripada Putin.

Menurut Xi, Kongres Kebangsaan ke-20 PKC telah menetapkan misi utama untuk membangunkan China sebagai negara sosialis moden yang kuat secara komprehensif dan mewujudkan kebangkitan gemilang nusa dan bangsa China dengan modenisasi ala China.

“China berkeyakinan penuh untuk menjayakan perjalanan modenisasi ala China, di samping menyediakan lebih banyak peluang kepada kedamaian dan kemakmuran dunia,” ujar Xi.

Beliau berkata, PKC dan Parti Rusia Bersatu mengadakan pertukaran institusional untuk jangka masa yang panjang.

“Ini menjadi saluran dan platform yang unik bagi mengukuhkan kesalingpercayaan politik, mendorong kerjasama sama menang, dan memaparkan koordinasi strategik antara China dengan Rusia.

“Ia juga telah menyediakan sokongan yang kuat bagi perkembangan hubungan kedua-dua negara yang mampan untuk jangka masa panjang,” tambah Xi.

Menyentuh tentang isu Ukraine, Xi berkata China mengambil pendirian dan dasar berasaskan fakta, mempertahankan pendirian yang objektif dan adil, berusaha mendorong rundingan damai.

Justeru, Xi berharap pihak-pihak terlibat bersabar dengan rasional, mengadakan dialog secara komprehensif dan menangani kebimbangan bersama dalam bidang keselamatan melalui cara politik.

Medvedev dalam ucapannya pula mengatakan bahawa Parti Rusia Bersatu bersedia meningkatkan pertukaran pengalaman dengan PKC dalam pentadbiran negara, dan melaksanakan konsensus yang dicapai oleh pemimpin kedua-dua negara.

Kata beliau, pihaknya akan memperkasakan kerjasama dengan China dalam bidang ekonomi, perdagangan, sumber tenaga dan pertanian, bersama-sama melawan tekanan dan tindakan yang tidak adil dari luar, agar mendorong hubungan perkongsian koordinasi strategik komprehensif mencapai kejayaan yang lebih besar.

“Krisis Ukraine mempunyai sebab-sebab tersendiri dan situasinya amat kompleks. Rusia bersedia menyelesaikan masalah itu melalui rundingan damai,” ujar Medvedev.

Gaya Hidup

Berita Berkaitan