欧美激情肉欲高潮视频_国产又大又硬又粗_色欲精品国产一区二区三区av_久久精品国产精品亚洲精品_3d动漫精品啪啪一区二区免费

Taklimat mengenai Perbincangan China, AS di Munich

(CRI)Isnin 20 Februari 2023

Kementerian Luar China memberikan taklimat mengenai pertemuan antara Pengarah Pejabat Suruhanjaya Hal Ehwal Luar Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China (PKC) Wang Yi dengan Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS) Antony Blinken, pada Ahad.

Jurucakap kementerian itu berkata, atas permintaan pihak AS, Wang mengadakan pertemuan tidak rasmi bersama Blinken sempena Persidangan Keselamatan Munich di Jerman.

Wang, yang juga ahli Biro Politik Jawatankuasa Pusat PKC, mengulangi pendirian tegas China terhadap insiden belon dan mengkritik tindak balas AS sebagai penyalahgunaan kekerasan.

Wang turut meluahkan kemarahan dan protes terhadap perbuatan AS itu kerana melanggar amalan antarabangsa serta Perjanjian Penerbangan Awam Antarabangsa.

Berhubung isu Ukraine, Wang menegaskan bahawa China sentiasa mematuhi prinsip dan komited menggalakkan rundingan damai, serta memainkan peranan yang konstruktif.

Menurut beliau, Beijing menolak tudingan jari atau paksaan dari AS yang menyasarkan hubungan China-Rusia.

Wang menambah, AS sepatutnya menggerakkan krisis berkenaan ke arah penyelesaian secara politik, bukannya menuangkan minyak tanah dalam api atau pun mengaut laba daripada krisis tersebut.

Ketika menyebut tentang isu Taiwan, Wang menggesa AS supaya menghormati sejarah dan fakta, menepati janji politik, dan bertindak menterjemah kenyataan tidak menyokong ‘kemerdekaan Taiwan’.

Gaya Hidup

Berita Berkaitan