欧美激情肉欲高潮视频_国产又大又硬又粗_色欲精品国产一区二区三区av_久久精品国产精品亚洲精品_3d动漫精品啪啪一区二区免费

120,000 TEU Kargo Diangkut Koridor Darat-Laut Baharu sejak Awal Tahun

120,000 TEU Kargo Diangkut Koridor Darat-Laut Baharu sejak Awal Tahun
Sebuah kapal kargo membawa barangan import tiba di Pelabuhan Qinzhou. (foto: Chen Lei/People.cn)

Pada pagi 9 Mac, muatan berupa 400 unit panel LCD berwarna keluaran TPV Display Technology (Xianyang) Co., Ltd. yang berpangkalan di provinsi Shaanxi, barat daya China, bertolak dari Pelabuhan Qinzhou di wilayah Guangxi menuju ke Malaysia.

Muatan tersebut memulakan perjalanan lima hari dengan kereta api kargo dari Xi'an, ibu kota provinsi Shaanxi ke Stesen Timur Pelabuhan Qinzhou, sebelum menyambung perjalanan ke Malaysia menerusi jalan laut. Kargo berkenaan dijangka tiba di Pelabuhan Klang dalam masa 10 hari.

Keseluruhan perjalanan melalui mod pengangkutan ini dijangka memakan masa 15 hari, maklum Huang Jiangnan, ketua Stesen Timur Pelabuhan Qinzhou kendalian China Railway Nanning Bureau Group Co., Ltd.

Laluan rel terlibat menikmati manfaat daripada pemulangan cukai yang ditawarkan di pelabuhan darat tempat berlepas, adanya Koridor Perdagangan Darat-Laut Antarabangsa Baharu, serta pelaksanaan Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau (RCEP), yang bukan sahaja memungkinkan penjimatan dari segi masa tetapi juga kos.

Sejak awal tahun, Stesen Timur Pelabuhan Qinzhou, hab pengangkutan antara mod bagi Koridor Perdagangan Darat-Laut Antarabangsa Baharu, menyaksikan lonjakan besar dalam jumlah kargo keluar masuk, terutamanya sejak bulan Februari apabila lebih 15 kereta api tiba dan berlepas setiap hari. Data turut menunjukkan bahawa dalam tempoh dua bulan pertama tahun ini, sebanyak 120,000 TEU muatan diangkut melalui saluran ini, naik 11.2% tahun ke tahun.

Pada masa ini, rel antara mod bagi koridor darat-laut tersebut menghubungkan sebanyak 17 provinsi, 60 bandar dan 115 stesen di China, manakala laluan laut kelolaannya telah diperluas hingga 75, meliputi kesemua pelabuhan utama di Asia Tenggara.

Kategori barangan yang diangkut juga telah bertambah daripada 10 jenis produk seramik kepada lebih 940 jenis batu, alat ganti kereta, komponen komputer, kenderaan tenaga baharu, dan sebagainya, manakala aliran barangan menjangkau hingga ke 393 pelabuhan di 119 negara dan wilayah seluruh dunia. Perkembangan ini turut membantu integrasi logistik, perdagangan dan industri di sepanjang koridor terbabit, meningkatkan lagi tahap keterbukaan China terhadap dunia, di samping menggalakkan terbentuknya satu corak pembangunan baharu.

Gaya Hidup

Berita Berkaitan