欧美激情肉欲高潮视频_国产又大又硬又粗_色欲精品国产一区二区三区av_久久精品国产精品亚洲精品_3d动漫精品啪啪一区二区免费

Harap Hubungan Jepun, Korea Selatan Kondusif bagi Ketenteraman Serantau

(CRI)Jumaat 17 Mac 2023

Hubungan antara Jepun dengan Korea Selatan diharap berkembang menuju ke arah yang bermanfaat kepada kedamaian, ketenteraman dan kemakmuran serantau.

Harapan itu disuarakan menerusi jurucakap Kementerian Luar China, Wang Wenbin susulan Presiden Korea Selatan, Yoon Suk-yeol dilaporkan mengadakan lawatan ke Jepun bermula Khamis.

Ia turut menjadi lawatan khusus pertama yang dilakukan Presiden Korea Selatan ke Jepun dalam tempoh 12 tahun.

Semasa sesi taklimat pada Khamis, Wang berkata pencerobohan dan penjajahan faham ketenteraan Jepun pernah membawa kesengsaraan teruk kepada negara Asia termasuk China dan Korea Selatan.

Justeru, Jepun perlu muhasabah diri dan mengendalikan isu sejarah dengan sikap yang jujur serta bertanggungjawab demi mengembangkan hubungan normal dengan negara jiran.

Tambah beliau, China, Jepun dan Korea Selatan merupakan rakan kongsi yang penting bagi satu sama lain dalam bidang ekonomi dan perdagangan. Sinergi memastikan kestabilan rantaian perindustrian dan bekalan selaras dengan kepentingan bersama ketiga-tiga negara dan serantau.

Gaya Hidup

Berita Berkaitan