欧美激情肉欲高潮视频_国产又大又硬又粗_色欲精品国产一区二区三区av_久久精品国产精品亚洲精品_3d动漫精品啪啪一区二区免费

Aktiviti Jejak Salasilah Keturunan Hongdong Dilancarkan

Aktiviti Jejak Salasilah Keturunan Hongdong Dilancarkan
Aktiviti Pokok Dazhu Linfen-Hongdong 2023 untuk menjejak salasilah keturunan dan nenek moyang dilancarkan secara rasmi.

Pada petang 29 Mac, aktiviti menjejak salasilah keturunan dan nenek moyang bagi Musim Pelancongan Hongdong 2023 dilancarkan secara rasmi dan akan berlangsung sehingga 1 Mei.

Daerah Hongdong (tóng) terletak di selatan provinsi Shanxi. Pada tahun-tahun awal Dinasti Ming, beberapa tempat di China seperti Shandong, Henan dan Hebei kebanyakannya sepi kerana peperangan. Untuk memulihkan pengeluaran pertanian secepat mungkin dan mengimbangi taburan penduduk, Maharaja Zhu Yuanzhang dari Dinasti Ming mengarahkan penghijrahan penduduk secara besar-besaran. Ini satu perkara yang tidak pernah berlaku sebelumnya dalam sejarah China. Dari tahun 1368 hingga 1398 sahaja, ratusan ribu orang telahpun berpindah keluar dari Hongdong.

Hari ini, kebanyakan orang di utara Sungai Yangtze terutamanya di Shandong, Henan, Jiangsu, Hebei dan Anhui menganggap Hongdong sebagai tempat asal nenek moyang mereka. Ekoran itu, daerah Hongdong telah menjadi tempat "pemujaan nenek moyang" terbesar di seluruh negara, yang menarik lebih daripada 2 juta orang untuk menyusur galur keturunan mereka setiap tahun.  

Gaya Hidup

Berita Berkaitan