欧美激情肉欲高潮视频_国产又大又硬又粗_色欲精品国产一区二区三区av_久久精品国产精品亚洲精品_3d动漫精品啪啪一区二区免费

Xi Berucap pada Penutupan Persidangan Majlis Perniagaan China-Perancis

(CRI)Jumaat 07 April 2023

Presiden China Xi Jinping bersama rakan sejawatnya dari Perancis Emmanuel Macron menghadiri upacara penutupan persidangan kelima Majlis Perniagaan China-Perancis di Beijing pada petang Khamis.

Ketika menyampaikan ucaptama dalam upacara itu, Xi berkata berdepan kesulitan dan cabaran, China dan Perancis mempertahankan multilateralisme jitu serta hala tuju tepat perdagangn bebas dan globalisasi ekonomi, sehingga mempertingkat daya tahan dan kedinamikan kerjasama ekonomi dan perdagangan.

Menurut beliau, China akan mempercepat penerokaan pasaran domestik, di samping memperluas keterbukaan secara keinstitusian yang melibatkan peraturan, pengurusan dan piawaian. China bersedia berkongsi peluang baharu hasil modenisasi ala China dengan negara-negara dunia.

Beliau juga menegaskan perlunya mempertahankan kemandirian dan memelihara kepentingan bersama China-Eropah.

"China bersedia memperkasa penyelarasan dasar makro dengan Eropah, menentang amalan mempolitikkan pertukaran ekonomi, perdagangan, sains dan teknologi atau menjadikannya sebagai senjata, dan bersama memelihara keselamatan dan kestabilan rantaian perindustrian dan bekalan demi menyediakan iklim kondusif kepada kerjasama," ujarnya.

Macron pula berkata pihaknya menentang amalan ‘cantas hubungan’ dan berharap mewujudkan rantaian bekalan yang lebih mantap dan terbuka.

Perancis bersedia untuk saling menghormati, berdialog dengan ikhlas dan menerima perbezaan sesama China, menggalakkan keterbukaan dan inovasi dan berganding bahu memperdalam perkongsian strategik komprehensif antara kedua-dua negara.

Gaya Hidup

Berita Berkaitan