欧美激情肉欲高潮视频_国产又大又硬又粗_色欲精品国产一区二区三区av_久久精品国产精品亚洲精品_3d动漫精品啪啪一区二区免费

China Bantah Keras Tuduhan dan Sekatan AS

(CRI)Selasa 18 April 2023

China membantah keras tindakan kerajaan Amerika Syarikat (AS) yang memfailkan tuduhan dan mengenakan sekatan ke atas syarikat dan individu China yang terlibat dalam perdagangan prekursor kimia fentanyl.

Jurucakap Kementerian Luar China, Wang Wenbin berkata demikian dalam sidang taklimat pada Isnin.

"Di samping menzahirkan keinginan untuk menyambung semula kerjasama antidadah dengan China, Washington memfailkan tuduhan dan mengenakan sekatan ke atas syarikat dan individu China."

"Tindakan tersebut secara serius menjejaskan hak dan kepentingan syarikat dan individu terlibat. China membantah keras tindakan seumpana itu," kata Wang.

Menurut beliau, "prekursor fentanyl" yang disebut pihak AS itu ialah bahan kimia biasa. Dalam perdagangan antarabangsa, adalah tanggungjawab bagi pihak pengimport untuk mencegah bahan kimia biasa diperoleh oleh pembuat dadah.

"Tuduhan dan sekatan AS ke atas syarikat dan individu China akan menambah halangan bagi kerjasama antidadah antara kedua-dua negara."

"China akan mengambil tindakan sewajarnya untuk menjaga hak dan kepentingan sah syarikat dan individu negara ini," kata Wang Wenbin.

Gaya Hidup

Berita Berkaitan