欧美激情肉欲高潮视频_国产又大又硬又粗_色欲精品国产一区二区三区av_久久精品国产精品亚洲精品_3d动漫精品啪啪一区二区免费

China, Afghanistan, Pakistan Sambung Semula Mekanisme Kerjasama Trilateral

(CRI)Khamis 11 Mei 2023

China bersedia mengukuhkan komunikasi strategik dan penyelarasan dasar dengan Afghanistan dan Pakistan menerusi saluran kerjasama tiga hala demi menyumbang kepada kestabilan dan kemakmuran rantau.

Demikian ujar jurucakap Kementerian Luar Wang Wenbin ketika diminta mengulas tentang Dialog Menteri Luar China-Afghanistan-Pakistan edisi kelima yang diadakan di Islamabad baru-baru ini.

"Dialog itu menandakan penyambungan semula mekanisme kerjasama trilateral antara ketiga-tiga negara.”

"Ini adalah dialog menteri luar yang buat julung kalinya diadakan tiga negara berkenaan sejak situasi Afghanistan mengalami perubahan pada 2021," kata beliau semasa sesi taklimat di Beijing, pada Selasa.

Wang memaklumkan bahawa siri konsensus berjaya dicapai selepas perbincangan diadakan secara ikhlas dan mendalam dengan menumpukan kepada kerjasama keselamatan, usaha antikeganasan, kesalinghubungan serta perdagangan dan pelaburan.

"Ketiga-tiga pihak bertekad memperkasa kolaborasi dalam bidang politik, pembangunan dan keselamatan berlandaskan prinsip saling hormat, saksama dan saling untung," kata beliau.

Menurut Wang, China, Afghanistan dan Pakistan sepakat memperkukuh penyelarasan dan kerjasama dalam usaha memerangi jenayah terancang dan penyeludupan dadah.

Dalam pada itu, Afghanistan akan diberikan sokongan padu untuk mencungkil sepenuhnya potensi sebagai hab kesalinghubungan serantau.

Ketiga-tiga pihak turut komited mempergiat kerjasama di bawah rangka Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI), dan menggerakkan projek Koridor Ekonomi China-Pakistan supaya disambung hingga ke Afghanistan.

Gaya Hidup

Berita Berkaitan