欧美激情肉欲高潮视频_国产又大又硬又粗_色欲精品国产一区二区三区av_久久精品国产精品亚洲精品_3d动漫精品啪啪一区二区免费

China, Norway Ada Ruang Kerjasama Besar

(CRI)Jumaat 12 Mei 2023

Ahli Dewan Negara merangkap Menteri Luar China, Qin Gang mengadakan pertemuan dengan wakil kalangan perniagaan Norway di Oslo pada 11 Mei.

Qin Gang berkata bahawa syarikat Norway memasuki China seawal tahun 1888, bekerjasama dengan China untuk jangka masa panjang, dan terlibat secara mendalam dalam proses pembaharuan dan pembukaan China. Syarikat Norway telah memberi sumbangan penting kepada kerjasama yang saling menguntungkan dan persahabatan antara kedua-dua negara.

Beliau menyatakan bahawa China akan mengekalkan dasar pembaharuan dan pintu terbuka, memberi tumpuan kepada pembangunan berkualiti tinggi, berusaha mewujudkan situasi sama menang, dan menyediakan persekitaran pelaburan yang lebih baik kepada syarikat asing.

"Modenisasi Ala China juga keharmonian antara manusia dan alam semula jadi. Ia akan memberi ruangan yang luas untuk kerjasama China-Norway, khususnya sektor hijau dan rendah karbon," kata beliau.

Wakil kalangan perniagaan Norway rata-rata menyatakan bahawa China merupakan pasaran dan rakan dagang yang penting bagi syarikat Norway. Mereka bersedia untuk meningkatkan kerjasama dengan China.

Pada masa sama, para wakil mencadangkan supaya menggalakkan dialog dan komunikasi antara kerajaan dan kalangan perniagaan kedua-dua negara untuk meningkatkan persefahaman dan meluaskan bidang kerjasama.

Gaya Hidup

Berita Berkaitan