欧美激情肉欲高潮视频_国产又大又硬又粗_色欲精品国产一区二区三区av_久久精品国产精品亚洲精品_3d动漫精品啪啪一区二区免费

Tiada Model Demokrasi 'Satu Saiz Padan Semua'

(CRI)Selasa 30 Mei 2023

Kenyataan Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan Singapura, Lawrence Wong berkaitan demokrasi adalah berdasarkan praktis berjaya di negara itu, dan menyuarakan aspirasi kebanyakan negara.

Tiada model demokrasi 'satu saiz padan semua'. Asalkan ia sesuai dengan realiti sesebuah negara dan mewakili kepentingan rakyat negara berkenaan, itulah demokrasi yang sebenar.

Jurucakap Kementerian Luar China, Mao Ning berkata demikian dalam sidang media pada Isnin.

Menurut laporan, Lawrence Wong ketika menyampaikan ucapan pada Forum Nikkei ke-28 yang bertemakan "Masa Depan Asia" menyatakan bahawa Singapura tidak mencontohi tindakan negara lain secara membabi buta, sebaliknya membina model yang sesuai dengan keadaan sendiri.

Wong mengatakan bahawa negara-negara di dunia mempunyai budaya dan sejarah masing-masing, telah membina sistem tadbir urus dan politik sendiri. Rakyat di kebanyakan negara amat berpuas hati dengan sistem di negara sendiri dan enggan dipaksakan dengan nilai dan sistem oleh kekuatan luar. Pilihan negara dan rakyat tersebut patut dihormati.

Mengulas kenyataan itu, Mao Ning berkata bahawa walaupun keadaan di China dan Singapura berbeza, kedua-dua negara ini telah berjaya mencari jalan demokrasi yang sesuai dengan keadaan masing-masing dan mempunyai ciri-ciri sendiri.

Beliau menambah, China bersedia meningkatkan pertukaran dan saling belajar dengan negara-negara luar termasuk Singapura, untuk menjunjung tinggi nilai bersama seluruh insan yang menghargai kedamaian, pembangunan, kesamarataan, keadilan, demokrasi dan pembebasan, mendorong pendemokrasian hubungan antarabangsa, serta menyumbang kepada diversiti peradaban politik dan mempopularkan nilai bersama umat manusia.

Gaya Hidup

Berita Berkaitan