欧美激情肉欲高潮视频_国产又大又硬又粗_色欲精品国产一区二区三区av_久久精品国产精品亚洲精品_3d动漫精品啪啪一区二区免费

Antelop Tibet Berhijrah ke Tempat Biak, Hoh Xil

Antelop Tibet Berhijrah ke Tempat Biak, Hoh Xil
Gerombolan antelop Tibet bunting melintasi Lebuh Raya Qinghai-Tibet di Hoh Xil, provinsi Qinghai, barat laut China pada 29 Mei 2023.

Semakin lama semakin banyak antelop bunting didapati berhijrah ke tengah-tengah Rizab Semula Jadi Negara Hoh Xil di barat laut China untuk melahirkan anak, menurut biro pengurusan rizab tersebut.

Pada pagi Isnin, sekumpulan antelop Tibet yang hampir 50 ekor banyaknya dilihat berkerumun di pinggir satu seksyen Lebuh Raya Qinghai-Tibet. Sebagai langkah berjaga-jaga, kakitangan rizab Hoh Xil telah mengambil tindakan mengawal lalu lintas buat sementara bagi menjamin keselamatan kawanan antelop itu.

Sebaik sahaja antelop yang mengetuai kelompok merasakan kawasan sekitar sudah selamat, kesemua antelop bergegas melintasi jalan lalu menuju ke kawasan pedalaman Hoh Xil yang luas terbentang.

Setiap tahun, berpuluh-puluh ribu antelop Tibet bunting memulakan perjalanan ke Hoh Xil pada bulan Mei untuk melahirkan anak. Lazimnya, sang ibu dan anak kemudiannya akan meninggalkan kawasan itu pada hujung Julai.

“Dengan keadaan cuaca yang bertambah baik, makin banyak bilangan antelop Tibet yang melintasi lebuh raya untuk pergi ke Tasik Zonag di Hoh Xil,” kata Gyaom Dorge, seorang staf yang bertugas di stesen perlindungan Wudaoliang kendalian biro pengurusan Hoh Xil.

Lebih 1,000 ekor antelop Tibet telah merentasi kawasan keliling stesen terbabit dalam perjalanan ke Hoh Xil sejak bermulanya tempoh migrasi tahun ini iaitu pada 26 April, sembilan hari lebih awal daripada tahun lepas.

Rondaan dan pemantauan di sepanjang laluan migrasi telah dipertingkat untuk memastikan haiwan itu dapat tiba ke tempat pembiakan tanpa gangguan.

Hasil usaha perlindungan yang dikuatkuasakan negara secara ketat, spesies yang dahulunya terancam itu kini paling banyak ditemui di wilayah Tibet, provinsi Qinghai dan wilayah Xinjiang. Populasi haiwan ini telah bertambah dalam masa tiga dekad lalu berkat larangan kegiatan pemburuan haram serta langkah-langkah lain yang dilaksanakan untuk menambah baik habitat.

Gaya Hidup