欧美激情肉欲高潮视频_国产又大又硬又粗_色欲精品国产一区二区三区av_久久精品国产精品亚洲精品_3d动漫精品啪啪一区二区免费

Peng Liyuan Sampai Ucapan Sempena Forum Wanita China-Afrika

(CRI)Khamis 29 Jun 2023

Isteri Presiden China Xi Jinping, Peng Liyuan selaku utusan khas UNESCO bagi kemajuan pendidikan kanak-kanak perempuan dan wanita, menyampaikan ucapan sempena Forum Wanita China-Afrika menerusi pautan video hari ini.

Peng berkata sejak beberapa tahun kebelakangan ini, kaum wanita China dan Afrika berganding bahu melakar kecemerlangan ke arah solidariti, kolaborasi dan maju bersama.

Menurut beliau, China dan Afrika mengambil berat terhadap pemerkasaan wanita. China aktif menyempurnakan sistem undang-undang bagi melindungi hak dan kepentingan wanita, berusaha meningkatkan taraf pendidikan golongan itu serta menyokong mereka merintis keusahawanan dan inovasi, selain terus menambah baik perkhidmatan kesihatan untuk kaum wanita dan kanak-kanak.

Sementara itu, negara-negara Afrika berusaha untuk mempermudah aktiviti pengeluaran dan kehidupan kaum wanita, membantu golongan itu keluar dari belenggu kemiskinan, di samping menggalakkan mereka menyertai tadbir urus negara dan masyarakat.

China dan Afrika mempunyai cita-cita dan aspirasi yang sama dalam pemerkasaan wanita, kata Peng.

Beliau meluahkan hasrat untuk bersama-sama menyemarakkan semangat Persidangan Dunia mengenai Wanita dan Sidang Kemuncak Wanita Global, mendorong perkembangan holistik wanita, dan menyumbang kepada pembentukan komuniti berkongsi nasib China-Afrika pada era baharu.

Gaya Hidup

Berita Berkaitan