欧美激情肉欲高潮视频_国产又大又硬又粗_色欲精品国产一区二区三区av_久久精品国产精品亚洲精品_3d动漫精品啪啪一区二区免费

AS Dibantah Jual Senjata ke Taiwan

(CRI)Khamis 06 Julai 2023

Menurut laporan berkenaan, Kongres Amerika Syarikat (AS) telah memberi kelulusan kepada penjualan senjata dan pemberian sokongan logistik yang bernilai USD440 juta (RM2.05 bilion) kepada Taiwan.

Jurucakap penerangan Kementerian Pertahanan China, Tan Kefei berkata, China tegas membantah AS menjual senjata ke Taiwan. AS mencampur tangan dalam hal ehwal domestik China tanpa mempedulikan keprihatinan teras China di samping meruncingkan ketegangan dalam situasi Selat Taiwan yang sudah pun dijadikannya “Tong Serbuk Peletus” sehingga penduduk Taiwan terjerumus ke kancah malapetaka.

Menurut Tan, China menggesa AS mematuhi prinsip Satu China dan peraturan Tiga Pengumunan Bersama China-AS, segera berhenti menjual senjata kepada Taiwan, menghentikan sebarang hubungan ketenteraan dengan Taiwan, melaksanakan komitmen tidak menyokong “kemerdekaan Taiwan” dan menjauhkan diri daripada jalan yang salah dan berbahaya.

Tan menekankan lagi, baik plot AS untuk “menyekat pembangunan China melalui Taiwan”, ataupun pihak berkuasa Parti Kemajuan Demokrasi (DPP) “mengejar kemerdekaan melalui tindakan bersenjata” hanya angan-angan sahaja dan ditakdir gagal. Tentera China sentiasa berwaspada untuk melindungi keamanan dan kestabilan Selat Taiwan demi kedaulatan negara dan keutuhan wilayah.

Gaya Hidup

Berita Berkaitan