欧美激情肉欲高潮视频_国产又大又硬又粗_色欲精品国产一区二区三区av_久久精品国产精品亚洲精品_3d动漫精品啪啪一区二区免费

Kira-kira Separuh Penduduk Sudan Memerlukan Bantuan Kemanusiaan

(CRI)Isnin 24 Julai 2023

Konflik bersenjata pusingan baharu di Sudan sudah berlarutan selama tiga bulan lebih sejak tercetusnya pada 15 April lalu, mengakibatkan penduduk tempatan berada dalam keadaan sukar seperti kekurangan bahan makanan, bekalan air dan elektrik terputus dan kekurangan ubat-ubatan.

Seorang pegawai dari Program Makanan Sedunia (WFP) yang bertanggungjawab bagi projek Sudan ketika diwawancara wartawan Kumpulan Media China (CMG) pada Ahad lalu menyatakan bahawa terdapat kira-kira separuh penduduk Sudan yang memerlukan bantuan kemanusiaan.

Pegawai itu menyatakan bahawa pihaknya memberikan perhatian besar terhadap situasi di Sudan terutamanya di kawasan Darfur yang tiada akses untuk menerima bantuan kemanusiaan.

Beliau menyeru pihak-pihak berkonflik menyediakan laluan selamat dan bertindak memudahkan pelaksanaan misi kemanusiaan supaya barangan bantuan dapat diagihkan kepada mereka yang paling memerlukan.

Berita Berkaitan