欧美激情肉欲高潮视频_国产又大又硬又粗_色欲精品国产一区二区三区av_久久精品国产精品亚洲精品_3d动漫精品啪啪一区二区免费

Perhebat Tadbir Urus Tentera, Dorong Pembangunan Berkualiti Tinggi PLA: Xi

(CRI)Rabu 26 Julai 2023

Sempena ulang tahun ke-96 Tentera Pembebasan Rakyat (PLA) yang akan tajuh pada 1 Ogos, sesi pembelajaran kolektif untuk anggota Biro Politik Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China (PKC) telah diadakan semalam yang merupakan kali ke-7 dalam tempoh tahun ini, bagi memperhebat tadbir urus ketenteraan secara menyeluruh.

Setiausaha Agung PKC, Xi Jinping menegaskan, usaha memperhebat tadbir urus ketenteraan secara komprehensif diterjemahkan sebagai pembaharuan mendalam terhadap konsep dan pendekatan PKC dalam bidang ketenteraan, serasi dengan misi strategik bagi mempercepat modenisasi pertahanan negara dan pasukan, serta salah satu komponen penting dalam usaha mendorong modenisasi sistem dan peningkatan kemampuan pentadbiran negara.

Hendaklah menyemarakkan semangat Kongres Kebangsaan Ke-20 PKC, dan menyanjung tinggi garis panduan tentang pembangunan tentera pada era baharu, melaksanakan strategi ketenteraan, ujar Xi.

Tambah beliau, perlunya mempertahankan pimpinan PKC terhadap pasukan, terus memacakkan kehebatan tentera untuk berperang pada kedudukan yang paling penting, sekaligus menyempurnakan sistem ketenteraan negara sosialis bercirikan China, membentuk sistem tadbir urus ketenteraan pada zaman moden, mengintensifkan kemampuan tadbir urus ketenteraan, menggalakkan perkembangan berkualiti tinggi, serta memperjuangkan matlamat untuk perayaan ulang tahun ke-100 PLA pada masa yang akan datang.

Berita Berkaitan