欧美激情肉欲高潮视频_国产又大又硬又粗_色欲精品国产一区二区三区av_久久精品国产精品亚洲精品_3d动漫精品啪啪一区二区免费

Bateri Terpakai Diberi "Nyawa Kedua"

(Akhbar Renmin Ribao Dalam Talian)Jumaat 28 Julai 2023
Bateri Terpakai Diberi
Foto menunjukkan satu bengkel pemasangan bateri. (foto: Miao Zijian/People.cn)

Merombak, melebur, menapis, memproses dan memasang……Bateri terpakai bertukar menjadi bateri baharu selepas siri proses tersebut. Di Taman Sains dan Teknologi Tianying, Zon Teknologi Tinggi Jieshou, bandar Fuyang, provinsi Anhui, cerita "bateri terpakai masuk, bateri baharu keluar" berlaku setiap hari.

Pada tahun 1970-an dan 1980-an, sekumpulan orang Jieshou mula menjejakkan kaki dalam industri mengitar semula plastik dan besi buruk. Selepas pembangunan berdekad, Jieshou hari ini telah membentuk rantaian kitar semula yang terpanjang dan paling lengkap di China.

Syarikat Teknologi Kitar Semula Huabo Anhui yang terletak di Taman Sains dan Teknologi Tianying, terutamanya terlibat dalam kitaran hijau yang cekap dan menyeluruh bagi bateri asid plumbum dengan kapasiti pemprosesan tahunan sebanyak 900,000 tan. Setiap hari, gudang syarikat ini penuh dengan bateri terpakai yang dikumpul dari pelbagai tempat. Cengkam mekanikal akan mengangkut bateri ke talian perombakan automatik mengikut arahan sistem kawalan.

Setiap 1 tan bateri asid plumbum terpakai boleh dikitar semula untuk mendapatkan kembali hampir 630 kilogram plumbum, 100 kilogram asid sulfurik dan 70 kilogram plastik polipropolena. Kadar kitar semula komprehensif bahan utama plumbum melebihi 99.3% dan kadar penggunaan komprehensif sumber terpakai melebihi 99%.

Berita Berkaitan