欧美激情肉欲高潮视频_国产又大又硬又粗_色欲精品国产一区二区三区av_久久精品国产精品亚洲精品_3d动漫精品啪啪一区二区免费

Kemboja Hargai Lebuh Raya Baharu Bantuan China

(CRI)Jumaat 04 Ogos 2023

Lebuh raya lingkaran ketiga Phnom Penh yang dibina oleh syarikat China dibuka kepada awam secara rasmi pada Khamis.

Perdana Menteri Kemboja, Hun Sen dalam ucapannya pada majlis perasmian menzahirkan penghargaan atas bantuan yang dihulurkan rakyat dan kerajaan China.

Menurut beliau, lingkaran ketiga itu bersambung dengan lebuh raya Phnom Penh-Sihanoukville serta lebuh raya Phnom Penh-Bavet yang sedang dalam pembinaan, sekali gus akan mengurangkan kesesakan lalu lintas di Phnom Penh dan seluruh negara.

Duta China ke Kemboja, Wang Wentian menyatakan tahun ini merupakan ulang tahun ke-65 hubungan diplomatik kedua-dua negara serta Tahun Persahabatan China-Kemboja.

Beliau berkata dua negara itu komited mempererat jalinan persahabatan, memantapkan kerjasama pragmatik yang saling untung dan menggerakkan pembinaan komuniti berkongsi nasib pada era baharu.

Dibina oleh Shanghai Construction Group (SCG), projek berkenaan bermula pada Mac 2019 dan berakhir pada Jun 2023.

Lingkaran ketiga sepanjang sekitar 53 kilometer itu turut mempunyai empat lorong kenderaan dan dua lorong motosikal.

Berita Berkaitan