欧美激情肉欲高潮视频_国产又大又硬又粗_色欲精品国产一区二区三区av_久久精品国产精品亚洲精品_3d动漫精品啪啪一区二区免费

Menteri Luar China, TPM Kemboja Adakan Perbincangan

(CRI)Isnin 14 Ogos 2023

Ahli Biro Politik Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China merangkap Menteri Luar, Wang Yi telah bertemu dengan Timbalan Perdana Menteri (TPM) merangkap Menteri Luar Kemboja, Prak Sokhonn pada Ahad lalu.

Prak Sokhonn menyatakan bahawa kerajaan penggal baharu Kemboja akan mengekalkan pelaksanaan dasar persahabatan dengan China, mematuhi prinsip Satu China, menyokong pendirian China yang adil dalam menangani urusan dalaman yang melibatkan isu Taiwan, Xinjiang, Tibet dan Hong Kong, dan mempertingkat komunikasi dan penyelarasan dengan China dalam isu serantau dan multilateral. Kemboja mahu berusaha bersama dengan China untuk menggerakkan pembinaan komuniti berkongsi nasib China-Kemboja pada era baharu ke arah yang berkualiti tinggi dan berspesifikasi tinggi.

Wang Yi pula menekankan bahawa persahabatan China-Kemboja amat kukuh, kedua-dua negara sentiasa berpendirian sama dalam isu yang melibatkan kepentingan teras masing-masing. China bersedia bersama dengan Kemboja saling memahami, mempercayai dan menyokong dalam urusan multilateral, dan bersama-sama memelihara hak dan kepentingan milik negara masing-masing dan negara membangun lain.

Video

Berita Berkaitan