欧美激情肉欲高潮视频_国产又大又硬又粗_色欲精品国产一区二区三区av_久久精品国产精品亚洲精品_3d动漫精品啪啪一区二区免费

Beijing Sanggah Gelombang Gangguan Telefon Dialami Kedutaan di Jepun

(CRI)Rabu 30 Ogos 2023

Beijing mengemukakan bantahan keras kepada Tokyo berhubung peristiwa kedutaan dan konsulat China di Jepun mengalami gangguan panggilan telefon.

Jurucakap Kementerian Luar (MFA) Wang Wenbin menggesa pihak Jepun supaya mengendalikan perkara itu mengikut undang-undang, dan bertindak memastikan keselamatan pejabat pegawai diplomatik serta institusi, syarikat dan warganegara China termasuk pengembara di Jepun terjamin.

Berhubung kebimbangan Jepun bahawa kedutaan negara itu di China menghadapi risiko keselamatan, Wang membalas dengan mengatakan Beijing berpendirian konsisten dalam melindungi keselamatan, hak dan kepentingan sah warga asing di China di sisi undang-undang.

Beliau berkata kerajaan Jepun bertindak secara sepihak menyalurkan sisa air radioaktif yang dirawat dari loji nuklear Fukushima ke laut, sehingga menimbulkan kemarahan rakyat negara lain.

"Ia antara punca utama yang menyumbang kepada situasi buat ketika ini. Jika Jepun bertindak berasaskan sains, mengapa suara penolakan terhadap langkah pelepasan sisa air berkenaan dalam kalangan rakyat terus bergema,” kata Wang semasa taklimat harian pada Selasa.

Video

Berita Berkaitan