欧美激情肉欲高潮视频_国产又大又硬又粗_色欲精品国产一区二区三区av_久久精品国产精品亚洲精品_3d动漫精品啪啪一区二区免费

Xi Balas Surat Cucu Jeneral Joseph Stilwell

(CRI)Khamis 31 Ogos 2023

Presiden China Xi Jinping membalas surat John Easterbrook, cucu kepada mendiang Jeneral Joseph Stilwell dari Amerika Syarikat (AS).

Dalam suratnya, Xi berkata Jeneral Stilwell adalah sahabat lama bagi rakyat China. Beliau memberi sokongan positif terhadap perjuangan pembebasan dan kemajuan China, serta menyumbang kepada jalinan persahabatan antara rakyat kedua-dua negara. Rakyat China tidak akan melupakan jasa yang dibuat beliau.

Mengimbas sejarah, Xi menyatakan China dan AS berganding bahu menentang fasisme Jepun dan berjuang demi kedamaian dunia.

Beliau turut menzahirkan harapan supaya kedua-dua negara mencapai kemakmuran bersama buat masa hadapan.

Xi menyifatkan asas hubungan China-AS berakar dalam ikatan muhibah sesama rakyat.

Beliau berharap rakyat kedua-dua negara dapat terus mengukuhkan pertukaran, meningkatkan persefahaman dan memperluas kerjasama, sekali gus menyuntik penggerak baharu kepada pembangunan hubungan dua hala.

Mutakhir ini, John Eastbrook menulis surat kepada Presiden Xi untuk mengenang kembali pengalaman Jeneral Stilwell ketika berada di China, dan memperkenalkan usaha keluarganya dalam mempergiat pertukaran sosiobudaya AS-China.

Video

Berita Berkaitan