欧美激情肉欲高潮视频_国产又大又硬又粗_色欲精品国产一区二区三区av_久久精品国产精品亚洲精品_3d动漫精品啪啪一区二区免费

PM Li Tinjau HSR Jakarta-Bandung

(CRI)Khamis 07 September 2023

Perdana Menteri China, Li Qiang telah meninjau ke Keretapi Berkelajuan Tinggi (HSR) Jakarta-Bandung semalam dengan iringan Menteri Penyelaras Hal-ehwal Maritim dan Pelaburan Indonesia , Luhut Binsar Pandjaitan dan Menteri Pengangkutan, Budi Karya Sumadi.

Setelah mendengar laporan keadaan terkini berhubung pembinaan berkenaan, Li Qiang berkata, sebagai HSR yang pertama di Asia Tenggara, HSR Jakarta-Bandung merupakan projek ikonik bagi pembangunan bersama dalam kerangka Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI) yang diperhatikan dan didorong bersama oleh Presiden Xi Jinping dan Presiden Joko Widodo, sekaligus meneladani negara-negara membangun serantau dalam mengayunkan langkah ke modenisasi. Kedua-dua negara diharap memperincikan persiapan bagi memastikan laluan HSR tersebut dibuka dengan lancar dan beroperasi dalam pengendalian yang berkualiti tinggi.

Li turut menaiki satu gerabak HSR dan mengunjungi Stesen Karawang. Beliau berkata, HSR bukan sahaja berperanan memendekkan jarak antara bandar, tetapi juga menggalakkan pengoptimuman dan penaiktarafan perindustrian, sekaligus merancakkan pembangunan ekonomi sepanjang laluan. China bersedia berkongsi pengalaman dengan Indonesia dalam memajukan industri dan pembinaan perbandaran melalui HSR. Kedua-dua pihak dikehendaki terus memainkan peranan sebagai perintis dalam pembangunan berkualiti tinggi dalam kerangka BRI serta menyumbang kepada kesejahteraan rakyat dan kemakmuran serantau.

Video

Berita Berkaitan