欧美激情肉欲高潮视频_国产又大又硬又粗_色欲精品国产一区二区三区av_久久精品国产精品亚洲精品_3d动漫精品啪啪一区二区免费

Xi Turun Padang Tinjau Tanaman Delima di Zaozhuang

(CRI)Selasa 26 September 2023

Presiden China Xi Jinping telah mengadakan tinjauan di Jinhuan dan Shaoxing, provinsi Zhejiang serta mendengar laporan kerja kerajaan provinsi Zhejiang di Hangzhou pada 20 dan 21 September. Dalam perjalanan balik ke Beijing, beliau memilih singgah di bandar Zaozhuang, provinsi Shandong pada petang Ahad lalu untuk meninjau tanaman dan tuaian buah delima.

Di Zaozhuang, Xi telah meluangkan masa untuk mengunjungi Kebun Delima Guanshi di mana terdapat bank sumber benih delima dan perladangan delima. Beliau berbual-bual dengan para petani tempatan dan bertanya kepada mereka tentang keadaan penanaman dan penuaian delima serta pendapatan daripadanya.

Dalam tinjauan di Zaozhuang, Xi menyatakan bahawa taraf hidup rakyat kian meningkat, dan sama juga permintaan penduduk terhadap produk yang bercirikan tempatan dan berkualiti tinggi. Maka, perkembangan industri delima amat berpotensi. Perlunya mendorong penjenamaan, meningkatkan kualiti dan memanjangkan rantai industri di samping memperhebat daya saing dan kecekapan industri itu dalam pasasran, sekali gus membantu lebih ramai petani menjana pendapatan.

Presiden Xi pernah menekankan berkali-kali bahawa pentingnya memilih suatu industri yang bersesuaian dengan syarat tempatan dalam pembangunan di kawasan luar bandar. Dalam jadual tinjauan Xi ke Zhejiang dan Shandong kali ini, baik lokasi singgahan yang pertama mahupun yang terakhir mempunyai kaitan dengan desa dan industri yang bercirikan tempatan. Ketika mendengar laporan kerajaan provinsi Zhejiang, beliau pernah menekankan lagi perlunya giat mengembangkan industri yang bercirikan tempatan di kawasan desa.

Video

Berita Berkaitan