欧美激情肉欲高潮视频_国产又大又硬又粗_色欲精品国产一区二区三区av_久久精品国产精品亚洲精品_3d动漫精品啪啪一区二区免费

Jurugambar Temu Kegembiraan Dalam Malam Nan Gelap

(Akhbar Renmin Ribao Dalam Talian)Khamis 28 September 2023

Foto astronomi Angel An: Sebuah Janji Temu dengan Pancuran Persei di Gurun.  (foto/China Daily)

Foto astronomi Angel An: Sebuah Janji Temu dengan Pancuran Persei di Gurun. (foto/China Daily)

An Jiu merupakan salah seorang pemenang anugerah Jurugambar Astronomi Terbaik bagi tahun 2023 yang diumumkan secara dalam talian pada 14 September lalu.

Lebih mesra dengan panggilan Angel, beliau telah diberi penghormatan pada pertandingan berprestij itu menerusi karya Bunga Api Kosmik Besar, iaitu imej mengenai sprite yang berjaya mengungguli kategori Pemandangan Udara atau “Skyscapes”.

Dari sudut makna, sprite ialah fenomena pendarkilau atmosfera yang begitu jarang berlaku. Dicetuskan oleh kilat, elektrik yang dinyahcas sebenarnya adalah plasma yang kelihatan seperti bunga api. Ia dapat dilihat dari darat, dengan ketinggiannya sehingga 9 kilometer di atas Bumi.

Gambar An yang berjaya merangkul hadiah utama itu diambil dari genting di Himalaya pada ketinggian lebih 5,000 meter, di wilayah autonomi Tibet pada 19 Mei tahun lalu.

"Akhirnya saya dapat memenangi APOY, iaitu anugerah yang dikatakan sinonim dengan Oscar dalam bidang astrofotografi. Saya memulakan perjalanan untuk mengejar bintang sejak tujuh tahun yang lalu," memetik catatan An di ruangan momen WeChat miliknya.

Video

Berita Berkaitan