欧美激情肉欲高潮视频_国产又大又硬又粗_色欲精品国产一区二区三区av_久久精品国产精品亚洲精品_3d动漫精品啪啪一区二区免费

Masyarakat Antarabangsa Perlu Redakan Ketegangan Palestin-Israel

(CRI)Jumaat 13 Oktober 2023

China berasa dukacita tentang konflik antara Palestin dengan Israel yang mengakibatkan sejumlah besar rakyat jelata cedera dan maut. China memberikan perhatian tinggi terhadap situasi keselamatan dan kemanusiaan yang semakin memburuk di Palestin serta menzahirkan rasa bimbang akan konflik meruncing yang menjejaskan kedamaian dan kestabilan serantau.

Jurucakap Kementerian Luar China, Wang Wenbin berkata demikian ketika diminta memberi komen tentang situasi konflik Palestin-Israel serta peranan China dalam perkara tersebut dalam sidang media pada Khamis.

Beliau mengatakan, gencatan senjata perlu segera diwujudkan untuk melindungi rakyat jelata. Di samping itu, masyarakat antarabangsa perlu memainkan peranan yang praktikal untuk meredakan ketegangan situasi, dan menghulurkan bantuan kemanusiaan kepada rakyat Palestin dengan segera.

Beliau menegaskan bahawa "pelan dua negara" dan rundingan damai adalah mustahak untuk menyelesaikan konflik yang berulang di rantau itu.

Video

Berita Berkaitan