欧美激情肉欲高潮视频_国产又大又硬又粗_色欲精品国产一区二区三区av_久久精品国产精品亚洲精品_3d动漫精品啪啪一区二区免费

Xi Bertemu Presiden Vietnam

(CRI)Jumaat 20 Oktober 2023

Presiden China Xi Jinping mengadakan pertemuan dengan rakan sejawatnya dari Vietnam Vo Van Thuong yang berada di Beijing untuk menghadiri Forum Kerjasama Antarabangsa Jalur dan Laluan (BRF) edisi ketiga, pagi tadi.

Xi berkata kedua-dua negara harus mengekalkan komunikasi strategik, belajar antara satu sama lain dan menggerakkan pemajuan negara selaras dengan keadaan masing-masing.

"Usaha menyelaraskan Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI) dengan 'Dua Koridor Satu Lingkaran' harus dipercepat, manakala kolaborasi membabitkan bidang strategik seperti kesalinghubungan terus dimantapkan.

"Selain itu, kerjasama dalam bidang baru muncul antaranya e-dagang juga perlu diperkasa. Kami (China) sudi memperluas pengimportan produk berkualiti dari Vietnam," kata Xi.

Xi turut menzahirkan harapan agar tali persahabatan dalam kalangan rakyat khususnya generasi muda dapat dipererat lagi.

Dalam pada itu, Vo Van Thuong menyatakan kesediaan pihaknya untuk merapatkan komunikasi strategik di peringkat tinggi dengan China, dan memperkaya konotasi perkongsian strategik komprehensif kedua-dua negara.

Video

Berita Berkaitan