欧美激情肉欲高潮视频_国产又大又硬又粗_色欲精品国产一区二区三区av_久久精品国产精品亚洲精品_3d动漫精品啪啪一区二区免费

Pameran Teknologi PKS APEC ke-12 Tarik Lebih Seribu Syarikat (6)

(Akhbar Renmin Ribao Dalam Talian)Jumaat 10 November 2023
Pameran Teknologi PKS APEC ke-12 Tarik Lebih Seribu Syarikat
Wakil delegasi dari Afrika menjalankan rundingan perniagaan dengan peserta pameran di kawasan paparan produk. (China News Network/Hu Yaojie)

Pada 9 September, Pameran Teknologi Perusahaan Kecil dan Sederhana APEC ke-12 membuka tirai di daerah Laoshan, bandar Qingdao, provinsi Shandong. Pameran kali ini menarik penyertaan lebih 1,600 syarikat China dan asing. Antaranya termasuk 319 syarikat dari 17 negara anggota APEC dan 19 negara yang terlibat dalam Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI).

Pameran ini berlangsung selama 3 hari dan mencakupi keluasan 50,000 meter persegi. Dengan tema “Pembangunan Hijau, Pemerkasaan Digital, Integrasi, Inovasi dan Menang-menang”, pameran ini merangkumi paparan produk, forum utama, 5 subforum dan sebagainya. Tujuannya ialah untuk memperdalam kerjasama terbuka perusahaan kecil dan sederhana (PKS) antara anggota APEC, meningkatkan kestabilan dan daya saing rantaian perindustrian dan bekalan, serta berkongsi peluang pasaran.

Dilaporkan, Pameran Teknologi Perusahaan Kecil dan Sederhana APEC merupakan acara pertukaran ekonomi dan perdagangan antarabangsa berskala besar yang penting dalam rangka mekanisme kerjasama APEC. Pameran ini sudah dijalankan selama 11 sesi sejak 1996 dan menjadi acara terbesar dan paling berpengaruh bagi PKS di rantau Asia Pasifik.

Video

Berita Berkaitan