欧美激情肉欲高潮视频_国产又大又硬又粗_色欲精品国产一区二区三区av_久久精品国产精品亚洲精品_3d动漫精品啪啪一区二区免费

Sidang Kemuncak Arab-Islam Lulus Resolusi Mengenai Isu Palestin

(CRI)Isnin 13 November 2023

Sidang kemuncak luar biasa negara Arab-Islam diadakan di Riyadh pada Sabtu, mengeluarkan resolusi mengenai isu Palestin.

Resolusi itu mengutuk serangan Israel ke atas Genting Gaza dan Tebing Barat, dan mengulangi pendirian menyokong rakyat Palestin menikmati hak kebebasan dan kemerdekaan di semua wilayah yang diduduki.

Ia juga menekankan bahawa isu Palestin adalah keutamaan bagi negara-negara Arab dan Islam.

Di samping itu, resolusi itu menyeru Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) agar membuat keputusan tegas dan mempunyai kuasa mengikat, sementara menyeru semua negara agar berhenti mengeksport senjata dan peluru untuk kegunaan angkatan tentera kepada Israel.

Resolusi itu menyokong Mesir menghulurkan bantuan yang berterusan dan mencukupi ke Genting Gaza dengan seberapa segera yang mungkin.

Ia juga memutuskan untuk menggerakkan rangkaian kewangan khas Arab-Islam bagi memberikan sumbangan fiskal, serta sokongan kewangan, ekonomi dan kemanusiaan kepada kerajaan Palestin.

Sidang kemuncak luar biasa negara Arab-Islam diadakan di Riyadh pada petang hingga malam Sabtu, dihadiri pemimpin negara, ketua kerajaan dan wakil peringkat tinggi dari negara-negara anggota Liga Arab dan Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC).

Video

Berita Berkaitan