欧美激情肉欲高潮视频_国产又大又硬又粗_色欲精品国产一区二区三区av_久久精品国产精品亚洲精品_3d动漫精品啪啪一区二区免费

Pembangunan Lestari, “Kunci Emas” bagi Penyelesaian Masalah Sejagat -- Xi

(CRI)Jumaat 17 November 2023

Presiden China, Xi Jinping menghadiri sidang dialog tidak rasmi sempena jamuan tengahari kerja untuk pemimpin Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) dan perwakilan dari pihak tuan rumah di San Francisco, Amerika Syarikat (AS) pada Khamis waktu tempatan.

Xi mengatakan, pembangunan lestari merupakan “kunci emas” bagi penyelesaian masalah sejagat pada masa ini, dan masyarakat antarabangsa perlu mencetuskan lebih banyak penggerak bagi pembangunan lestari dalam senario global. Beliau turut mengemukakan tiga cadangan, iaitu memperkasakan agenda pembangunan berterusan 2030 Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), membina laluan baharu transformasi pembangunan hijau, dan menjana inisiatif impak sosial dalam menghadapi perubahan iklim.

"China giat mengamalkan konsep pembangunan baharu, mendorong transformasi sosioekonomi ke arah yang mesra alam dan rendah karbon secara komprehensif, dan bertindak konsisten menyumbang kepada pembinaan bersama di Bumi yang harmoni untuk manusia dan alam hidup bersama," ujar Xi.

"China mendorong pembinaan dalam kerangka Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI) yang mesra alam, memperkasakan secara berterusan kerjasama dalam bidang pembinaan prasarana hijau, sumber tenaga hijau dan lalu lintas mesra alam, menubuhkan dana khas Kerjasama Selatan-Selatan bagi menghadapi perubahan iklim serta menyokong negara-negara membangun meningkatkan keupayaan yang terbabit," tambah beliau.

Sidang dialog yang bertema “kelestarian, perubahan iklim dan tranformasi penggunaan sumber tenaga yang adil” tersebut dipengerusikan oleh Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden.

Video

Berita Berkaitan