欧美激情肉欲高潮视频_国产又大又硬又粗_色欲精品国产一区二区三区av_久久精品国产精品亚洲精品_3d动漫精品啪啪一区二区免费

Dialog Usahawan Antarabangsa di UAE mengenai Pembangunan Lestari

(CRI)Isnin 04 Disember 2023

Dialog usahawan antarabangsa berhubung pembangunan lestari yang bertema "Strategi perkembangan mampan perusahaan berorentasikan neutral karbon global" telah diadakan semasa berlangsungnya Persidangan ke-28 Pihak-Pihak Konvensyen Rangka Kerja Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengenai Perubahan Iklim (COP28) di Dubai, Emiriah Arab Bersatu (UAE) pada Jumaat.

Pada dialog itu, para hadirin menjalankan pertukaran mendalam mengenai topik yang berhubung dengan "kesan neutral karbon global terhadap perusahaan dan tindak balas bagi menghadapinya " dan "inovasi dalam bidang teknologi dan tadbir urus perusahaan bagi mewujudkan neutral karbon".

Mereka menyeru kalangan perindustrian dan perdagangan global untuk menyahut secara aktif Perjanjian Paris dan matlamat tindakan COP28 bagi bersama-sama menghadapi cabaran perubahan iklim global.

Para perwakilan usahawan juga berkongsi amalan masing-masing tentang pembangunan hijau dan rendah karbon.

Duta Khas China mengenai Hal Ehwal Perubahan Iklim, Xie Zhenhua pada dialog itu menzahirkan harapan agar para usahawan baik dari China mahupun dari negara lain merebut peluang dan mengambil tindakan proaktif dalam usaha mengurangkan pelepasan karbon dan projek penyahkarbonan rantaian perindustrian dan bekalan bagi menyumbang kepada penanganan perubahan iklim dan pembangunan mampan global.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Perniagaan Dunia untuk Pembangunan Mampan, Peter Bakker pula menyifatkan dialog ini amat penting berikutan usahawan dari seluruh dunia termasuk China dapat bekerjasama untuk berkongsi pandangan dan mencari penyelesaian yang boleh dilaksanakan bagi mengatasi isu perubahan iklim global.

Video

Berita Berkaitan