欧美激情肉欲高潮视频_国产又大又硬又粗_色欲精品国产一区二区三区av_久久精品国产精品亚洲精品_3d动漫精品啪啪一区二区免费

Kelas Petang, “Manisan” untuk Orang Muda Selepas Habis Kerja

(Akhbar Renmin Ribao Dalam Talian)Jumaat 08 Disember 2023

Orang muda dalam kelas petang. (foto/People's Daily Online)

Orang muda dalam kelas petang. (foto/People's Daily Online)

Kelas petang, mod pendidikan yang nampaknya sudah ketinggalan zaman, hidup semula dengan konotasi baharu dewasa ini. Kelas petang menghimpunkan orang yang berkongsi minat dan juga hidup berdekatan melalui cara yang sama dengan pembelian kursus secara berkumpulan.

Menurut data, carian untuk “kelas petang” meningkat sebanyak 980% tahun ke tahun sejak awal tahun ini. Sistem pengajaran yang bukan akademik menggalakkan orientasi pembelajaran yang “de-utilitarian”. Di sini, hobi yang pernah dilupakan boleh dihidupkan semula. Minat yang terpaksa ditinggalkan boleh diungkit semula.

Orang muda dalam kelas petang. (foto/People's Daily Online)

Orang muda dalam kelas petang. (foto/People's Daily Online)

Apakah maksud “manisan” ini bagi orang muda yang memasuki kelas petang? Dalam Internet, seorang lelaki yang pertama kali mengikuti kelas petang berkongsi pengalamannya.

“Rakan sekelas ada makcik, pakcik, kakak, dan kanak-kanak juga! Ada seorang gadis yang ingin belajar menari tetapi tiada peluang ketika kecil. Ada juga seorang lelaki yang datang belajar bermain gitar untuk melafazkan cinta kepada gadis yang disukainya.”

Kelas petang ialah amalan inovatif perkhidmatan budaya awam. Liu Li, pengarah Jabatan Popularisasi Seni Pusat Kebudayaan Bandar Chengdu berkata, “Ramai orang mahukan ‘manisan’ ini, dan perasaan saya sendiri amat mendalam. Banyak pusat kebudayaan seperti kami ditaja oleh kerajaan, dan kursus ditawarkan kepada orang ramai secara percuma. ”

Video

Berita Berkaitan