欧美激情肉欲高潮视频_国产又大又硬又粗_色欲精品国产一区二区三区av_久久精品国产精品亚洲精品_3d动漫精品啪啪一区二区免费

Penduduk Jepun Seru Jangan Lupa Sejarah Pembunuhan Besar-besaran Nanjing

(CRI)Isnin 11 Disember 2023

Tahun ini ulang tahun ke-86 pembunuhan besar-besaran yang pernah dilakukan tentera penceroboh Jepun di Nanjing. "Persatuan Teruskan Kenangan Nanjing" sebagai satu pertubuhan penduduk Jepun, telah mengadakan perhimpunan di Osaka untuk menyeru rakyat Jepun agar berdasarkan situasi dunia terkini mengadakan semula introspeksi terhadap implikasi realistik dan iktibar sejarah yang diambil dari pembunuhan besar-besaran yang pernah dilakukan tentera penceroboh Jepun, sekali gus menegaskan peri pentingnya mengingati sejarah dan merealisasikan keamanan.

Pengasas "Persatuan Teruskan Kenanang Nanjing", Matsuoka Tamaki mengatakan bahawa beliau mula menjalankan penyelidikan di Nanjing pada 35 tahun yang lalu, mewawancara dan mengumpul bukti dari para mangsa yang terselamat dalam pembunuhan besar-besaran di samping mengumpul bukti yang diberikan veteran Jepun yang pernah bertugas dalam tentera pencerobohan di China. Menurut beliau, trauma yang menghantui para mangsa yang terselamat dalam tragedi itu masih terasa.

Puan Nomura, salah seorang peserta perhimpunan yang menyaksikan penglibatan lebih 150 orang penduduk tersebut memberitahu wartawan bahawa beliau berasa bimbang tatkala melihat sejarah pencerobohan tentera Jepun ke China tidak termaktub dalam buku teks di sekolah Jepun. Ramai pemuda Jepun tidak tahu tentang sejarah berkenaan. "Inilah masalah yang besar", kata beliau.

Video

Berita Berkaitan