欧美激情肉欲高潮视频_国产又大又硬又粗_色欲精品国产一区二区三区av_久久精品国产精品亚洲精品_3d动漫精品啪啪一区二区免费

Taman Perindustrian Batang China-Indonesia Adakan Majlis Pecah Tanah

(Akhbar Renmin Ribao Dalam Talian)Khamis 14 Disember 2023

Taman Perindustrian Batang yang merupakan sebahagian daripada projek “Dua Negara Dua Taman” China-Indonesia mengadakan majlis pecah tanah baru-baru ini.

Taman ini yang letaknya di kawasan teras Batang, Jawa Tengah, berorientasikan industri berteknologi tinggi, dan melibatkan seluruh aspek perindustrian termasuk pembangunan (R&D), pengeluaran dan penjualan.

Majlis itu dihadiri Xu Yong, Konsul Jeneral China ke Surabaya. Beliau yakin bahawa perkembangan terbaru ini akan membawa peluang yang lebih banyak dan momentum yang lebih besar bagi kerjasama kedua-dua pihak.

Ngurah Wirawan, pengarah taman industri itu pula berharap taman industri itu menjadi tempat pengeluaran produk berkualiti tinggi dan produk eksport yang berkuantiti besar serta tempat lahir bakat berkemahiran tinggi.

Chen Riling, Presiden Wanxinda, yang juga wakil pelabur China berkata bahawa taman industri itu dijangka menarik ratusan perusahaan kecil dan sederhana, sekali gus mewujudkan banyak peluang kerja dan memberikan keuntungan ekonomi kepada kawasan sekitar.

Majlis pecah tanah Taman Perindustrian Batang China-Indonesia. (Foto/ Konsulat Jeneral China ke Surabaya)

Majlis pecah tanah Taman Perindustrian Batang China-Indonesia. (Foto/ Konsulat Jeneral China ke Surabaya)

Video

Berita Berkaitan