欧美激情肉欲高潮视频_国产又大又硬又粗_色欲精品国产一区二区三区av_久久精品国产精品亚洲精品_3d动漫精品啪啪一区二区免费

China, Rusia Komited Perdalam Kerjasama Bilateral

(CRI)Rabu 20 Disember 2023

Presiden China Xi Jinping mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri Rusia Mikhail Mishustin di Beijing pada Rabu.

Xi berkata China bersedia menjadikan sambutan ulang tahun ke-75 ikatan diplomatik dengan Rusia pada tahun depan sebagai titik permulaan baharu untuk meluaskan kesan positif hubungan politik bertaraf tinggi, di samping berganding tangan dalam memacu sosioekonomi dan mewujudkan kebangkitan bangsa.

Dengan memanfaatkan kelebihan dari segi kesalingpercayaan politik, kesalinglengkapan ekonomi, kesalinghubungan infrastruktur dan persefahaman rakyat, beliau menyarankan kedua-dua negara terus memperkaya konotasi kerjasama, memperdalam kolaborasi dalam bidang ekonomi, perdagangan, tenaga dan kesalinghubungan, di samping bersama memelihara keselamatan rantaian perindustrian dan bekalan.

Mishustin dalam pertemuan itu menzahirkan kepuasan hati terhadap perkembangan mantap kerjasama pragmatik antara kedua-dua negara.

Katanya, Rusia bersedia terus meneroka kerjasama dengan China dalam bidang melibatkan ekonomi, perdagangan, tenaga, kesalinghubungan dan lain-lain.

Beliau juga komited menjayakan Tahun Kebudayaan Rusia-China bagi memperkukuh persahabatan sesama rakyat yang diwarisi turun-temurun.

Video

Berita Berkaitan