欧美激情肉欲高潮视频_国产又大又硬又粗_色欲精品国产一区二区三区av_久久精品国产精品亚洲精品_3d动漫精品啪啪一区二区免费

China, Nicaragua Jalin Perkongsian Strategik

(CRI)Rabu 20 Disember 2023

Presiden China Xi Jinping mengadakan perbualan dengan rakan sejawatnya dari Nicaragua, Daniel Ortega menerusi telefon pada Rabu.

Dua pemimpin itu mengumumkan penjalinan perkongsian strategik antara China dengan Nicaragua secara rasmi.

Xi berkata sejak hubungan diplomatik dipulihkan dua tahun lepas, China dan Nicaragua teguh menyokong satu sama lain dalam isu-isu melibatkan kepentingan teras dan keprihatinan utama, di samping menyaksikan kerjasama pragmatik diperluas secara menyeluruh.

China bersedia memperkasa pertukaran pengalaman dengan Nicaragua dalam pentadbiran negara dan pembasmian kemiskinan, dan mengalu-alukan Nicaragua mengambil bahagian dalam pembangunan bersama Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI) ke arah yang berkualiti tinggi.

Xi menyifatkan perjanjian perdagangan bebas China-Nicaragua yang bakal berkuat kuasa pada 1 Januari depan sebagai hasil kerjasama yang mempunyai makna signifikan.

Kedua-dua negara disaran memanfaatkan perjanjian itu untuk terus meningkatkan skala dan taraf perdagangan dua hala.

Sementara itu, China juga menggalakkan perusahaan domestik melabur di Nicaragua dan bersedia memperkasa solidariti dan sinergi dengan negara itu dalam urusan antarabangsa.

Ortega pula berkata pihaknya amat menghargai hubungan persahabatan dengan China, menjunjung prinsip satu China, dan menyokong inisiatif kerjasama global yang diajukan Presiden Xi termasuk BRI.

Nicaragua berhasrat memperdalam ikatan persahabatan dan memperkasa kerjasama multilateral dengan China, menentang campur tangan luar dan politik kuasa, dan bersama mendorong pembinaan komuniti berkongsi nasib sesama insan.

Video

Berita Berkaitan