欧美激情肉欲高潮视频_国产又大又硬又粗_色欲精品国产一区二区三区av_久久精品国产精品亚洲精品_3d动漫精品啪啪一区二区免费

Amalkan Konsep 'Industri Pertanian Makro' dan 'Industri Makanan Makro'?-- Xi

(CRI)Khamis 21 Disember 2023

Mesyuarat Kerja Kawasan Luar Bandar Pusat China diadakan di Beijing pada Selasa hingga Rabu lalu. Presiden, Xi Jinping memberikan arahan penting tentang kerja pertanian, kawasan luar bandar dan kaum tani serta membina konsep tentang 'industri pertanian makro' dan 'industri makanan makro'. Apa maksudnya kedua-dua konsep tersebut?

China merupakan negara pertanian yang besar, dengan jumlah petaninya mencatat 700 juta orang yang menduduki 50.1 peratus keseluruhan jumlah pekerja. Isu pertanian, kawasan luar bandar dan kaum tani berkaitan rapat dengan komposisi masyarakat, pembangunan ekonomi, kestabilan hidup rakyat serta kemakmuran negara. Oleh itu, ketiga-tiga isu tersebut merupakan perkara yang penting bagi parti pemerintah dan negara.

Xi dalam mesyuarat semalam mengatakan, hendaklah membina konsep tentang 'industri pertanian makro' dan 'industri makanan makro' berdasarkan penyelarasan antara sektor pertanian, perhutanan, penternakan dan perikanan supaya dapat membentuk sistem pembekalan makanan yang pelbagai.

'Industri pertanian makro' bermaksudnya pertanian moden yang berunsurkan kemasyarakatan yang berbeza dengan pertanian tradisional, dan pengendaliannya tidak terlepas dari aplikasi sains dan teknologi moden secara menyeluruh serta bahan pengeluaran yang dibekalkan industri moden.

Konsep 'industri makanan makro' bermaksud meneroka sumber bahan makanan melalui pelbagai saluran yang bersamaan mengambil kalori dan protein dari ladang, padang rumput, hutan, laut, sumber flora dan fauna serta mikroorganisma. Konsep ini sudah merupakan isi kandungan penting bagi mendorong pembaharuan terhadap sektor pembekal pertanian dari segi penstrukturan.

Memandangkan asas konsep 'industri makanan makro' ialah bijirin, dan China mempunyai populasi yang besar, parti pemerintah negara ini sejak sekian lama mengutamakan pengeluaran bijirin dan pembekalan hasil pertanian, giat meningkatkan pengeluaran kacang soya, minyak masak, daging lembu, kambing dan susu, dan memacu pembangunan berkualiti tinggi industri perikanan. Kesemua ini merupakan langkah yang konkrit dalam menerapkan konsep 'industri makanan makro'.

Video

Berita Berkaitan